Harian Metro

‘SELAGI DAYA SAYA PUASA’

Menderita sakit saraf kronik sejak berusia 12 tahun bukan jadi halangan

- Noor Azurin Mohd Sharif cnews@nstp.com.my

Menderita sakit saraf kronik hingga menyebabka­n terlantar sejak 17 tahun lalu bukan penghalang bagi seorang pemuda di Bukit Katil, di sini, menunaikan kewajipan berpuasa.

Shaiszuan Shahepolba­ri, 30, berkata tiada sebab untuk dia gagal menunaikan tanggungja­wab rukun Islam ketiga itu yang sudah dimulakan sejak berusia 12 tahun walaupun ketika itu dia baru disahkan menghidap penyakit berkenaan.

“Sejak di bangku sekolah saya diajar ibu dan ayah untuk berpuasa. Biarpun tidak mampu menguruska­n diri sendiri, selagi terdaya saya akan cuba berpuasa.

“Syukur saya masih diberi peluang merasai nikmat bersahur dan berbuka, tapi tipulah kalau saya tak pernah tinggal puasa itupun kerana kurang sihat,” katanya.

Shaiszuan ditemui ketika menerima kunjungan Ketua Menteri, Adly Zahari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil di kediaman keluargany­a di Taman Merak Mas, di sini, semalam.

Katanya, dia dilahirkan normal tetapi mula mengalami gejala lemah anggota badan ketika berusia 12 tahun yang menyebabka­n dia tidak mampu berjalan.

“Saya anggap ini semua ujian Allah dan doktor menasihatk­an saya supaya positif dan ceria untuk melawan penyakit ini. Ibu dan ayah juga banyak memberikan kata semangat,” katanya.

Shaiszuan mempunyai lima beradik dengan tiga daripada mereka berstatus orang kurang upaya (OKU).

Sementara itu, ibunya Maznah Mekmat, 53, berkata dia menerima ujian serta ketentuan nasib tiga anaknya namun bersyukur dua lagi anaknya dilahirkan normal.

 ?? FOTO: NOOR AZURIN MOHD SHARIF ?? ADLY (tengah) bertanya sesuatu kepada Shaiszuan di rumah keluargany­a di Bukit Katil. Gambar kecil, Maznah (kiri) menerima sumbangan.
FOTO: NOOR AZURIN MOHD SHARIF ADLY (tengah) bertanya sesuatu kepada Shaiszuan di rumah keluargany­a di Bukit Katil. Gambar kecil, Maznah (kiri) menerima sumbangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia