Harian Metro

BAKAR 60 KEK SEHARI

- Hazira Ahmad Zaidi news@nstp.com.my

Remaja tak menang tangan terima tempahan kek lapis Sarawak pelbagai perisa

Setiap kali menjelang Aidilfitri, remaja dari Kubang Kerian ini tidak menang tangan menyiapkan tempahan kek lapis Sarawak yang dihasilkan­nya bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Nurul Jannah Rusli Zahari, 19, berkata, seminggu sebelum Ramadan, dia sudah sibuk menyiapkan tempahan kek pelbagai perisa.

Katanya, setakat ini, dia sudah menerima tempahan lebih 100 kek dan biasanya pada penghujung Ramadan permintaan akan meningkat.

“Pada tahun lalu, saya menerima tempahan hampir 1,000 kek daripada saudaramar­a serta kenalan ibu dan ayah hanya melalui promosi mulut ke mulut.

“Saya hanya menerima tempahan pada Aidilfitri dan Aidiladha saja. Kek saya dijual dalam lima perisa berlainan iaitu orea, masam manis, cheese, traffic lite (strawberi) dan evergreen (pandan) pada harga antara RM15 dan RM56 mengikut timbangan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Anak sulung daripada empat beradik itu berkata, selepas sahur, dia memulakan proses membuat kek dan berlanjuta­n sehingga malam terutamany­a pada penghujung Ramadan.

“Dalam sehari saya boleh menyiapkan maksimum sehingga 60 kek menggunaka­n mesin adunan serta dua pembakar. Kek lapis ini tidak mempunyai bahan pengawet dan boleh bertahan selama setahun sekiranya disimpan di dalam peti sejuk beku.

“Saya mengambil masa dua jam setengah hingga tiga jam untuk menyiapkan sebiji kek kerana prosesnya sedikit rumit berbanding kek lain,” katanya.

Katanya, dia mempelajar­i cara pembuatan kek lapis Sarawak daripada rakan baik ibunya yang berasal dari bumi Kenyalang dan mengambil masa dua tahun untuk mahir sepenuhnya.

 ??  ?? NURUL Jannah menunjukka­n kek lapis Sarawak yang di tempah pelanggan di rumahnya di Kubang Kerian.
NURUL Jannah menunjukka­n kek lapis Sarawak yang di tempah pelanggan di rumahnya di Kubang Kerian.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia