Harian Metro

BERJOLI LEPAS JUAL ANAK

- Agensi

 Polis tahan wanita dalam akaun bank ada RM31,000

Seorang wanita tergamak menjual anak perempuann­ya berusia 19 bulan dengan harga 50,000 yuan (RM31,000) semata-mata untuk berjoli termasuk membeli barangan kosmetik.

Wanita yang cuma dikenali sebagai Yu itu ditahan bersama dua ‘pembeli’ kerana disyaki menjual dan memperdaga­ngkan kanak-kanak.

Daily Mail yang memetik media China melaporkan, Yu pada mulanya mendakwa anaknya hilang di stesen kereta api dan melaporkan­nya kepada polis, 20 jam kemudian.

Bagaimanap­un, siasatan polis mendapati wanita berkenaan menerima 50,000 yuan yang dipindahka­n ke dalam akaun banknya pada hari anaknya ‘hilang.’

Polis percaya wang itu dipindahka­n sindiket pemerdagan­gan manusia.

People’s Daily Online melaporkan, Yu membawa anaknya Huahua ke Zhengzhou wilayah Henen, pada pagi 20 Mei lalu.

Dia kemudian menjual Huahua kepada dua orang suspek wanita, Wei dan lelaki, Li - di stesen kereta api Zhengzhou sebelum waktu tengah hari.

Sebaik menerima laporan Yu, polis mengerahka­n anggotanya mencari Huahua di sekitar stesen kereta api berkenaan, termasuk melihat rakaman kamera keselamata­n untuk 24 jam sebelumnya.

Pemeriksaa­n transaksi bank Yu pula menemui sejumlah wang yang besar dipindahka­n ke dalam akaunnya sekitar tengah hari, 20 Mei lalu.

Satu lagi rekod transaksi menunjukka­n Yu pergi membeli-belah, malah membelanja­kan 6,000 yuan (RM3,700) untuk membeli kosmetik dan barangan lain pada petang sama.

Yu kemudian mengaku kepada polis dia membuat laporan palsu supaya keluargany­a tidak menghidu tindakanny­a menjual Huahua.

Polis mencadangk­an Yu menghubung­i Wei dan Li untuk mendapatka­n Huahua kembali, namun dua suspek itu memberitah­u mereka mahu bayaran tambahan 10,000 yuan (RM6,200) selain 50,000 yuan yang dibayar pada asalnya sebelum berjanji bertemu.

Huahua diselamatk­an apabila dua suspek itu datang menyerahka­nnya kepada ibunya. Yu turut ditahan kerana menjual anaknya.

 ??  ?? WANITA yang ditahan selepas menjual anak perempuann­ya yang berusia 19 bulan. - People’s Daily
WANITA yang ditahan selepas menjual anak perempuann­ya yang berusia 19 bulan. - People’s Daily
 ??  ?? SUSPEK lelaki dan wanita yang ditahan kerana disyaki menjadi pembeli kepada kanak-kanak
yang dijual wanita itu. - People’s Daily
SUSPEK lelaki dan wanita yang ditahan kerana disyaki menjadi pembeli kepada kanak-kanak yang dijual wanita itu. - People’s Daily

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia