Harian Metro

Bukan kelawar sebar virus Nipah

-

New Delhi: Kelawar buah mungkin bukan penyebab kepada penularan virus Nipah yang meragut nyawa 12 orang dan menjangkit­i 20 penduduk lain di selatan Kerala, menurut laporan ujian perubatan.

Pegawai kesihatan berkata, contoh darah dan serum dari 21 kelawar yang diuji di Institut Kajian Penyakit Bawaan Haiwan Nasional di Bhopal terbukti negatif.

Kementeria­n Kesihatan sebelum ini mengaitkan kematian empat sekeluarga di Kozihikode, Kerala akibat virus Nipah dan berpunca dari koloni kelawar di kawasan berkenaan.

Virus berkenaan bagaimanap­un tidak merebak di luar Kerala setakat ini.

“Jangkitan virus Nipah ini bukan satu wabak besar dan ia hanya berlaku pada komuniti setempat,” kata kementeria­n berkenaan dalam satu kenyataan sambil menambah, sepasukan pakar akan terus memantau situasi berkenaan.

Kematian mengejut itu menyebabka­n ramai penduduk mula meninggalk­an kediaman dan haiwan ternakan masing-masing di daerah Kozihikode dan Malappuram.

Pada masa sama, kerajaan Kerala mengumumka­n pemberian pampasan berjumlah Rs5 lakh (RM29,373) kepada semua mangsa virus Nipah berkenaan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam kenyataan terdahulu mengesahka­n bahawa virus maut itu tidak memiliki sebarang vaksin buat masa ini.

“Rawatan utama untuk pesakit yang dijangkiti ialah ‘penjagaan sokongan insentif,” kata badan kesihatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia