Harian Metro

DOKTOR KEPARAT

- Agensi

 Doktor universiti terkemuka AS lakukan serangan seksual, cabul ribuan pelajar wanita

Selepas Nikita Levy dan Larry Nassar yang menggunaka­n kedudukan sebagai doktor untuk mencabul ribuan wanita, kini muncul George Tyndall, doktor gynaecolog­y yang mencabul ribuan pelajar perempuan Universiti South Carolina (USC) selama lebih satu dekad.

Hospital John Hopkins di Baltimore disaman AS$190 juta (RM756 juta) pada 2014 selepas Levy merakam tubuh serta bahagian sulit 8,500 pesakit wanita menggunaka­n kamera tersembuny­i dalam pen.

Levy kemudianny­a membunuh diri.

Larry Nassar pula didapati bersalah mencabul lebih 300 wanita dan kanak-kanak, sebahagian besarnya ahli gimnastik, termasuk anggota pasukan kebangsaan Amerika Syarikat (AS) ketika menjadi doktor pasukan berkenaan dan doktor di Universiti Negeri Michigan. Nassar dijatuhkan hukuman penjara sehingga 175 tahun, Januari lalu.

Berikutan pendedahan Tyndall oleh Los Angeles Times minggu lalu, Presiden USC, C L Max Nikias, meletak jawatan semalam.

Akhbar itu menyiarkan pengakuan beberapa pekerja dan bekas pekerja berhubung tingkah laku Tyndall ke atas pesakitnya.

Universiti itu kini menghadapi banyak saman kerana gagal bertindak terhadap doktor (Tyndall) walaupun aduan salah lakunya dibuat sejak bertahun-tahun lalu.

Kumpulan wanita terbabit mendakwa Tyndall, yang meletak jawatan sebagai doktor USC tahun lalu, menggunaka­n kedudukann­ya melakukan serangan seksual, termasuk memaksa mangsa berbogel dan meramas payudara.

Tyndall juga melakukan pemeriksaa­n bahagian sulit tanpa menggunaka­n sarung tangan serta merakam gambar mangsa.

Dua saman diserahkan kepada Mahkamah Agung Los Angeles mewakili ribuan penuntut wanita universiti berkenaan.

Ia difailkan sekumpulan peguam diketuai Howard Janet yang mengetuai saman terhadap Hospital Johns Hopkins bagi kes Nikita Levy.

Semalam, enam lagi bekas pelajar mengemukak­an saman terhadap kegagalan universiti itu bertindak walaupun menerima aduan sejak awal 1990-an, namun menyembuny­ikan kesalahan Tyndall.

Kumpulan wanita itu mendakwa USC membayar pampasan kepada Tyndall supaya meletak jawatan dalam usaha menutup skandal berkenaan.

Tyndall meletak jawatan pada 2017 selepas USC memutuskan dia melanggar dasar anti-gangguan.

 ??  ?? TYNDALL
TYNDALL
 ??  ?? LEVY
LEVY
 ??  ?? NASSAR
NASSAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia