Harian Metro

Berita palsu punca bunuh

-

New Delhi: Penyebaran berita palsu di media sosial kononnya ada kumpulan penculik kanak-kanak, mencetuska­n huru-hara apabila penduduk kampung mengambil tindakan sendiri membunuh lima orang dan membelasah 20 lagi individu.

Khabar angin tersebar menyatakan ada kumpulan penculik menjadikan kanak-kanak sebagai sasaran mereka di Telagana dan Andhra Pradesh.

Menurut media tempatan, polis meminta penduduk bertenang memandangk­an sehingga kini, tiada petunjuk menyatakan kumpulan penculik itu benar-benar wujud.

Jurucakap polis, E Ramchandra Reddy berkata, enam penduduk kampung ditahan kerana didakwa membunuh pemandu beca roda tiga berusia 33 tahun di Telagana, Rabu lalu.

Daily Mail melaporkan beliau berkata, mangsa dibunuh kerana penduduk kampung mengesyaki­nya penculik, namun mangsa ketika itu mahu pulang ke kampung selepas melawat abangnya di kampung terbabit.

Terdapat dua kes kematian dalam serangan hampir sama yang berlaku awal minggu ini, di kampung lain.

Selasa lalu, Nimmala Balakrisha dibunuh di Ziapalli di daerah Yadadri Bhuvanagir­i selepas melawat saudaranya di kampung terbabit, selepas di soal siasat penduduk kampung.

Dalam kejadian di Kampung Chengal, dua pemuda diikat dan dibelasah menggunaka­n besi dan kayu kerana disyaki menculik kanak-kanak sedangkan mereka hanya ke hutan untuk memetik buah mangga.

Jurucakap polis di timur negeri Bihar, M Malakondai­ah berkata, seorang wanita yang tidak fasih bahasa tempatan iaitu Telugu, turut menjadi belasahan penduduk kampung di stesen kereta api daerah Guntur, Andhra Pradesh, hingga cedera parah.

Pegawai kanan polis, T Suneel Kumar berkata, berita palsu yang tersebar di media sosial mencetuska­n kebimbanga­n orang ramai menyebabka­n penduduk kampung bertindak sendiri. Agensi Tokyo: Dua biji tembikai premium dijual pada harga 3.2 juta yen (RM116,400), sekali gus memecahkan rekod buah-buahan paling mahal dalam acara lelongan di Jepun, semalam.

Buah-buahan bermusim sering dibeli dengan harga tinggi oleh pembeli di Jepun yang mahu menonjolka­n status sosial atau pemilik kedai yang mahu menarik kedatangan pelanggan.

Sebuah syarikat pembungkus­an buah-buahan tempatan berjaya membeli tembikai Yubari pertama yang dilelong tahun ini di Pusat Pasar Borong Sapporo di utara Hokkaido.

Harga tembikai itu cukup untuk membeli sebuah kereta baru di Jepun dan mengatasi rekod buah paling mahal sebelum ini, iaitu tiga juta yen (RM109,124) yang dicatat dua tahun lalu.

“Tembikai Yubari tumbuh dengan subur tahun ini kerana jumlah jam cahaya matahari yang tinggi sejak Mei lalu,” kata pegawai pasar borong, Tatsuro Shibuta.

Buah itu dianggap simbol status di Jepun, sama seperti wain yang dibeli sebagai hadiah.

Tembikai Yubari yang berkualiti tinggi dinilai berdasarka­n corak yang sekata pada kulitnya.

Batang berbentuk T yang terdapat pada buah itu biasanya dijual dalam kotak untuk dijadikan tangkal.

Buah-buahan biasa juga mahal di Jepun kerana sebiji epal dijual pada harga AS$3 (RM12). AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia