Harian Metro

AZAM ‘HIASI’ SIRKIT F1

 Sophia mahu pecah dominasi gender, tak gentar saingi pelumba handalan

- Firdaus Hashhim firdaushas­him@nstp.com.my

Mungkin belum pernah kita melihat pelumba wanita dalam sejarah Formula 1 apabila didominasi kaum Adam sejak diperkenal­kan pada dekad 30-an.

Lantas, ianya membuatkan pelumba wanita go-kart negara, Sophia Zara Mustaffa Kamal menanam tekad untuk memecah dominasi itu apabila menyasarka­n berlumba di pentas itu suatu hari nanti.

Mari kita kenali lebih rapat gadis cilik ini.

Soalan (S): Sejak bila mula berkecimpu­ng dalam sukan permotoran khususnya go-kart dan siapa yang memperkena­lkan anda dengan sukan ini?

Jawapan (J): Saya mula berkecimpu­ng dalam sukan permotoran ini semasa berumur 5 tahun. Minat saya bermula apabila sering mengikuti ibu ke Litar Antarabang­sa Sepang (SIC) untuk melihat ibu berlumba dan ketika umur saya 5 tahun, ibu menghadiah­kan saya sebuah go-kart dan sejak itu saya sering berlatih pada hujung minggu.

S: Kenapa anda memilih sukan ini berbanding sukan lain?

J: Saya memilih sukan ini kerana minat kelajuan dan saya amat suka melihat kereta lumba sejak kecil. Sukan Formula 1 juga salah satu faktor yang mendorong saya memilih sukan go-kart.

S: Anda juga masih bersekolah. Bagaimana anda membahagik­an masa antara pelajaran dan latihan?

J: Sukan go kart juga banyak mengajar diri saya untuk menjadi lebih berdisipli­n dan lebih bijak membahagik­an masa di antara latihan dan belajar. Malah saya juga belajar berdikari apabila dihantar ke litar untuk menjalani latihan seharian tanpa ditemani ibu bapa.

Latihan hujung minggu bermula dari pukul 10 pagi hingga lima petang di tiga trek go-kart utama iaitu Sepang, Elite USJ dan juga Shah Alam.

Selain berlatih di hujung minggu, saya juga banyak berjoging dan bersukan untuk meningkatk­an stamina semasa berlumba.

S: Apa impian anda dalam sukan ini?

J: Saya berharap untuk menjadi pelumba Formula 1 suatu hari nanti seperti idola saya, Sebastian Vettel. Saya juga ingin berlumba di Eropah dengan mengikuti saingan WSK sebelum ke perlumbaan Formula sebelum mengejar impian ke Formula 1.

S: Ketika ini sukan permotoran khususnya perlumbaan motor lebih popular berbanding kereta di Malaysia, apa pandangan anda mengenai isu ini?

J: Saya percaya sukan permotoran kereta mempunyai peminatnya tersendiri. Sukan perlumbaan kereta ini boleh dipopulark­an lagi jika banyak program dan perlumbaan dapat dibuat untuk menarik minat orang ramai terutamany­a golongan muda di dalam sukan ini.

S: Apa sasaran anda dalam sukan ini?

J: Sasaran terdekat bagi saya setelah terpilih sebagai salah seorang pelumba SIC X30 Karting Championsh­ip adalah untuk menghabisk­an saingan pada tempat ketiga ke atas secara keseluruha­n. Walaupun saya kurang pengalaman dan lebih muda dari pelumba-pelumba lain tetapi saya yakin saya dapat memberikan saingan kepada mereka.

Pada masa sama, saya akan mulakan saingan di Rotax Asian Max Championsh­ip dalam kategori Micromax Novice pada Julai ini dan saya berharap untuk menduduki tangga lima teratas di Asia.

S: Siapa idola anda dalam sukan ini dan mengapa memilihnya?

J: Idola saya adalah ibu yang mengenalka­n saya kepada sukan ini dan sentiasa memberi sokongan dan dorongan untuk memberikan aksi terbaik semasa berlumba. Selain daripada itu, saya amat meminati Sebastian Vettel dan Kimi Raikonen dan saya juga adalah peminat besar pasukan Formula 1 Ferrari. Mereka juga seperti saya bermula dengan sukan go-kart dan saya bercita-cita ingin menjadi seperti Sebastian Vettel suatu hari nanti.

 ??  ?? AKSI Sophia di litar. SOPHIA (kiri) di samping trofi dan adiknya.
AKSI Sophia di litar. SOPHIA (kiri) di samping trofi dan adiknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia