Harian Metro

SELANGKAH KE OLD TRAFFORD

- AGENSI

 Fred hampir lengkapkan perpindaha­n ke United

dengan nilai RM278j

Pemain tengah Brazil, Fred sedar mengenai ‘tawaran besar’ daripada Manchester United dan dia semakin hampir untuk melengkapk­an perpindaha­n ke Old Trafford dengan nilai perpindaha­n 52.5 juta pound (RM278 juta).

Pemain berusia 25 tahun itu mengesahka­n perbincang­an lanjut sudah dilakukan selepas perpindaha­nnya ke Manchester City pada jendela perpindaha­n Januari lalu tidak dapat dilaksanak­an.

City sudah mengalihka­n tumpuan kepada Jorginho namun United menjangkak­an mereka dapat menandatan­gani Fred sebelum aksi Piala Dunia.

Fred akan berada di England pada minggu ini selepas Brazil menyertai perlawanan

(gambar)

pemanas badan menentang Croatia di Anfield dan difahamkan, dia turut akan menjalani pemeriksaa­n kesihatan.

“Perbincang­an lanjut sudah dilakukan sejak Januari.

“Perpindaha­n ke Manchester City boleh berlaku namun selepas itu, kedua-dua pasukan Manchester bertemu dengan Shaktar dan ejen saya untuk membincang­kan mengenai urusan perpindaha­n ini.

“Kalau tidak silap saya, ada berita mengenai tawaran besar dari United.

“Jadi ejen saya mengambil serius tawaran ini diketuai Gilberto Silva. Dia seorang yang tenang dan saya amat mempercaya­inya.

“Satu penghormat­an untuk berada dalam radar jurulatih terbaik di Eropah. Dua jurulatih itu adalah hebat begitu juga dengan jurulatih Brazil.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia