Harian Metro

Skuad Warga Kota dirombak?

- Asrol Awang sukanteam@nstp.com.my

Kuantan: Skuad Kuala Lumpur kemungkina­n besar terpaksa melakukan rombakan susulan tewas 0-4 kepada Pahang dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, kelmarin.

Pengendali pasukan, Fabio Maciel berkata, rombakan itu terpaksa dibuat selepas skuad Warga Kota itu mencatat keputusan kurang konsisten terutama di tempat lawan.

“Tetapi sama ada rombakan itu boleh berlaku atau sebaliknya, bergantung kepada keputusan pengurusan tertinggi Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA).

“Ini kerana selepas menang 5-1 ke atas Kelantan pada 22 Mei lalu, tiada sebarang keputusan diambil untuk menukar pemain terutama import.

“Namun, selepas tewas malam ini, kami perlu mengambil langkah terbaik memastikan aksi lebih baik selepas ini,” katanya di sini, kelmarin.

Untuk rekod, pasukan dari Lembah Klang itu mencatat keputusan positif di laman sendiri tetapi mereka gagal mengekalka­n rentak apabila beraksi di tempat lawan.

Mengulas kekalahan kepada skuad Tok Gajah, jurulatih dari Brazil itu meluahkan kekecewaan selepas skuadnya beraksi cemerlang membelasah Kelantan 5-1.

Bagaimanap­un, beliau berkata, skuad kendaliann­ya itu gagal meneruskan momentum kemenangan hingga dibolosi dengan jaringan besar.

Selepas mengharung­i 12 perlawanan, Kuala Lumpur menduduki tangga kelapan dengan 13 mata.

(gambar)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia