Harian Metro

Amutu, Nakajima pikat Dollah

-

Kuantan: Pengendali Pahang, Dollah Salleh memuji Austin Amutu dan Issey Nakajima masing-masing menjaringk­an satu gol ketika membantu skuad itu membelasah Kuala Lumpur 4-0, kelmarin.

Bekas pemain kebangsaan itu berkata, penampilan kedua mereka dalam saingan Liga Super menyaksika­n kedua-dua pemain import itu memberi keputusan positif buat pasukan selepas tewas 0-2 kepada Kedah, 22 Mei lalu.

“Saya gembira kerana Amutu dan Nakajima menjaringk­an gol selepas mereka gagal memberi impak ketika tewas kepada Kedah. Tetapi, keputusan ini amat menggembir­akan saya.

“Walaupun mereka tidak beraksi seperti diharapkan,

(gambar),

sekurang-kurangnya jaringan itu menambah lagi keyakinan mereka untuk memberi lebih baik pada perlawanan akan datang,” katanya.

Mengulas kemenangan besar ke atas Kuala Lumpur, beliau berkata, secara keseluruha­nnya, skuad kendaliann­ya itu belum mencapai prestasi terbaik.

Namun, katanya, selepas merekodkan satu seri dan dua kekalahan dalam tiga perlawanan, tiga mata yang diraih itu mengembali­kan keyakinan untuk terus memberi saingan kepada pasukan teratas liga.

“Fokus utama adalah untuk meningkatk­an kualiti permainan pada perlawanan selepas ini dan tidak lagi keciciran mata,” katanya.

Pada perlawanan itu, empat gol skuad Tok Gajah, masing-masing satu dijaringan Muslim Ahmad pada minit ketujuh, diikiti Safuwan Baharudin (m-41), Nakajima (m-52) dan Amutu (m-88).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia