Harian Metro

Baju raya untuk anak yatim

-

Tawau: Perasaan pilu empat beradik yatim terubat apabila mereka dibantu Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) bagi mendapatka­n pakaian raya serba baharu.

Bantuan Aidilfitri itu sekali gus meringanka­n bebanan abang sulung mereka, Mohd Rafiee J Edward, 24, yang menggalas tanggungja­wab menjaga keluarga selepas bapa mereka meninggal dunia Oktober tahun lalu manakala ibu mereka membawa diri selepas bercerai pada 2013.

Nurul Shazwin Natasha, 13, Mohd Qushayree Danish, 10, Mohd Hafizul Rafiq, 9, dan Putri Feerozah Danilah, 7, kelihatan gembira apabila berpeluang memilih pakaian raya mengikut fesyen dan warna kegemaran masingmasi­ng.

Namun Nurul Shazwin Natasha berasa agak kekok kerana kali ini bapanya tiada di sisi untuk memilih baju raya yang sesuai.

“Tahun ini saya terasa malu nak pilih baju raya, sebab sebelum ini bapa saya yang tolong cadangkan baju dan tema warna yang sesuai untuk kami adikberadi­k.

“Tapi kali ini, saya dibantu orang lain. Saya rasa rindu pula dengan bapa saya,“katanya semalam.

Selain mereka empat beradik, lapan lagi anak yatim menerima kelengkapa­n pakaian raya serta kasut dalam Program Prihatin PERKESO Jom Raye yang dianggotai Skuad PERKESO Prihatin Tawau itu.

Pegawai Eksekutif Bahagian Skuad Prihatin PERKESO, Ratna Palurui berkata, program kali ini menyasarka­n tiga keluarga iaitu 12 individu kurang berkemampu­an dan anak yatim.

“Kami juga amat berbesar hati kerana program ini mendapat sokongan daripada syarikat jualan pakaian itu sendiri yang memberi potongan harga kepada setiap pembelian baju raya anak yatim ini.

“Keluarga terpilih ini juga sudah melalui proses temu ramah yang dilakukan secara dalam talian untuk melayakkan keluarga terbabit menyertai program sekali gus mewarnai hidup mereka di pagi raya nanti dengan pakaian dan kasut baru,“katanya.

 ??  ?? SKUAD PERKESO Prihatin Tawau bergambar kenangan bersama 12 anak yatim yang terpilih menerima sumbangan dalam Program Prihatin Perkeso Jom Raye.
SKUAD PERKESO Prihatin Tawau bergambar kenangan bersama 12 anak yatim yang terpilih menerima sumbangan dalam Program Prihatin Perkeso Jom Raye.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia