Harian Metro

Rezeki kek lapis RM3,000 sehari

-

Sibu: Lebih 30 jenis kek lapis dan 50 ‘pemanis mulut’ dalam pelbagai warna dan perisa tersedia, sekali gus membuatkan sesiapa sahaja rambang mata untuk memilihnya.

Mendapat jolokan ‘Kek Lapis Viral’, gerai kek lapis Hanisah Hussin, di Bazar Ramadan Dataran Fasa 2 Sibu di sini, menarik tumpuan pelbagai lapisan masyarakat.

Hanisah, 33, yang sudah lama berniaga kek lapis berkata, sejak awal Ramadan, ada individu memuat naik gambar gerainya di laman Facebook yang kemudianny­a menjadi tular dalam kalangan pengguna media sosial di negeri ini.

“Saya sebenarnya sudah 15 tahun menjual kek seperti ini, lazimnya jualan sekitar RM1,000 hingga RM2,000 sehari.

“Namun sejak gambar itu tular, hasil jualan kami mencecah RM3,000 sehari,” katanya yang dibantu 12 pekerja di gerai dan rumahnya.

Menurutnya, antara kek yang paling popular di gerainya adalah Kek Kasino, Kek Keju dan Kek Puding.

“Sebenarnya, kek lapis sahaja dipamerkan lebih 30 jenis, tidak termasuk kuih-muih tempatan.

“Keseluruha­nnya di gerai ini ada hampir 80 jenis kek dan kuih-muih.

“Kek lapis kami jual dengan harga RM4 sepotong manakala kuih-muih pada harga RM1 (tiga biji),” katanya.

Sejak gambar itu tular, hasil jualan kami mencecah RM3,000 sehari”

Hanisah Hussin

 ??  ?? KEPELBAGAI­AN kek lapis yang dijual di gerai Hanisah di Sibu.
KEPELBAGAI­AN kek lapis yang dijual di gerai Hanisah di Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia