Harian Metro

RATU CANTIK BESTARI

-

lebih baik pada masa akan datang.

“Pada awalnya, saya menyertai Unduk Ngadau 2016 dan meraih tempat kedua, namun tidak putus asa untuk terus mencuba. Hasil usaha keras berbaloi kerana pada penampilan semula tahun berikutnya saya diumumkan sebagai Unduk Ngadau Kota Belud 2017.

“Kemudian, saya mewakili daerah Kota Belud pada peringkat negeri. Apa yang menggembir­akan adalah saya berjaya menempatka­n diri dalam kalangan 15 peserta terbaik.

“Saya kemudian dipilih sebagai Bachelor of Malaysia dan diberi kepercayaa­n mewakili negara ke pertanding­an Miss Tourism Culture Universe 2018 di Myanmar,” katanya.

Jelitawan berketurun­an Dusun itu berkata, pencapaian itu diperoleh hasil sokongan ibu bapa dan kenalan yang tidak henti-henti memberikan semangat.

Katanya, pertanding­an itu nampak mudah tetapi setiap peserta ratu cantik sebenarnya tidak boleh bersandark­an paras rupa semata-mata untuk menawan hati juri dan penonton.

“Setiap peserta sebenarnya perlu bijak mencari jalan bagaimana untuk meyakinkan juri dan penonton serta mengekalka­n prestasi terbaik setiap masa.

“Ketika pertanding­an, peserta perlu fokus 100 peratus termasuk bercakap dengan penuh keyakinan, bijak menjawab soalan, berjalan dengan cara yang betul dan kreatif memperagak­an fesyen,” katanya.

Pengalaman dikumpul gadis itu pada peringkat tempatan dan antarabang­sa turut dikongsi bersama peserta Unduk Ngadau Kota Belud peringkat daerah 2018 sekali gus meniup semangat mereka untuk memberikan yang terbaik.

Jelasnya, meskipun masih baru dalam bidang itu, dia berasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman dan ilmu dimiliki bersama pendatang baru khususnya peserta Unduk Ngadau daerah Kota Belud.

“Sedikit sebanyak ia mampu membantu mereka, menjadi harapan saya melihat gadis mewakili

Kota Belud nanti berpeluang bertanding ke peringkat lebih tinggi daripada saya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia