Harian Metro

KRISIS AIR KRITIKAL

-

luskan peruntukan khas sebanyak RM6.5 juta untuk mengatasi masalah itu.

Berikutan itu Sani berharap, masalah berkenaan boleh segera berakhir berikutan penduduk akan menyambut Aidilfitri dan Gawai tidak lama lagi.

Sementara itu, penduduk Kampung Sungai Endot, Setar Ojit, 78, berkata, dia terpaksa mengeluark­an perbelanja­an sendiri untuk membeli pam sematamata mahu memastikan keluargany­a tidak berdepan masalah air.

Setar berkata, dia berasa hampa kerana pam berkenaan tidak bertahan lama dan mengalami kerosakan berikutan tekanan air yang tidak stabil.

“Pam berkenaan dibeli pada harga RM360 dan setakat ini saya sudah beli tiga unit mesin sama. Salah satunya hanya mampu bertahan beberapa bulan saja sebelum rosak.

“Akibat gangguan bekalan saya pernah mandi air kolam dan berwuduk menggunaka­n air masin. Sehubungan itu, saya amat berharap penyelesai­an jangka panjang diambil, sekali gus melegakan kami semua,” katanya.

Los Elin, 82, dari

Kampung Hilir Kabong pula memberitah­u, penduduk kawasan itu sebenarnya sudah menikmati bekalan air bersih sejak 1980an lagi.

Warga emas itu berkata, bagaimanap­un sejak kebelakang­an ini gangguan bekalan air semakin kerap berlaku menyebabka­n mereka berasa rimas.

“Sebelum ini, kami pernah mengalami masalah gangguan bekalan air tetapi pulih semula selepas satu atau dua hari kemudian. Namun sekarang, ia berlarutan sampai seminggu.

“Jika berlaku gangguan, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar menghantar bekalan air bersih diangkut menggunaka­n lori dua kali sehari,” katanya.

Wanita itu berkata, usaha dilakukan amat melegakan penduduk, namun berharap ia tidak terus berlarutan bagi menjamin keselesaan semua pihak.

 ?? FOTO: ?? LOS Elin terpaksa beberapa kali mengangkat air bagi kegunaanny­a dalam sehari.
FOTO: LOS Elin terpaksa beberapa kali mengangkat air bagi kegunaanny­a dalam sehari.
 ??  ?? SANI
SANI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia