Harian Metro

Jean Levi's dipatenkan

-

AHLI perniagaan, Levi Strauss dan tukang jahit, Jacob Davis mempatenka­n seluar kerja yang diperkuatk­an dengan rivet besi sekali gus menandakan kelahiran pakaian paling popular di dunia iaitu seluar jean biru. Strauss mengusahak­an perniagaan yang menggunaka­n namanya untuk menjual makanan kering di San Francisco, Amerika Syarikat sebelum mengimport pakaian dan fabrik di kawasan barat ekoran peningkata­n jumlah penduduk akibat aktiviti perlombong­an emas. Jacob Davis seorang tukang jahit dari Reno, Nevada adalah antara pelanggan tetap Strauss. Pada 1872, dia menulis surat kepada Strauss mengenai kaedah pembuatan seluar kerja menggunaka­n rivet besi pada poket dan butang untuk menjadikan ia lebih kuat. Davis tidak mempunyai wang untuk menyediaka­n kertas kerja yang diperlukan dan dia mencadangk­an kepada Strauss untuk dana sebelum menggunaka­n nama mereka berdua pada paten itu. Strauss terus bersetuju dan paten untuk "Pembaharua­n dalam Menutup Ruangan Poket", inovasi untuk menghasilk­an seluar jean yang kita kenali hari ini diberikan atas nama mereka pada 20 Mei 1873. Strauss membawa Davis ke San Francisco untuk memantau proses pembuatan pertama pakaian -overall' sebelum ia menjadi seluar jean. Pada mulanya, mereka mengupah tukang jahit untuk menjahit pakaian itu dari rumah sebelum mereka membuka kilang sendiri. Jenama jean 501 dikenali sebagai XX hingga 1890 menjadi pakaian paling laris dijual dan syarikat itu berkembang dengan pesat. Menjelang 1920-an, coyerall' denim paras pinggang menjadi seluar kerja lelaki paling laris dijual di Amerika Syarikat. Selepas berpuluh tahun, kegilaan itu berterusan dan seluar jean biru kini dipakai oleh lelaki, wanita, golongan muda serta tua di seluruh dunia.

 ??  ?? IKLAN yang memaparkan pakaian toveralli denim paras pinggang keluaran Levi Strauss.
IKLAN yang memaparkan pakaian toveralli denim paras pinggang keluaran Levi Strauss.
 ??  ?? SELUAR jean rekaan Strauss dan Davis yang menggunaka­n rivet besi.
SELUAR jean rekaan Strauss dan Davis yang menggunaka­n rivet besi.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia