Harian Metro

Musa Aman, Jamal ‘hilang’?

Musa Aman dikesan berlepas ke Kuala Lumpur menghadiri mesyuarat UMNO

- Fardy Bungga fardy@nstp.com.my

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Tan Sri Musa Aman dipercayai masih dalam negara berdasarka­n semakan di Jabatan Imigresen walaupun didakwa beliau ke London.

Sementara itu, peguam Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos percaya ada masalah komunikasi dan anak guamnya tidak melarikan diri walaupun gagal dihubungi.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Tan Sri Musa Aman dipercayai masih berada di dalam negara walaupun belum tampil memberi keterangan berhubung laporan polis dibuat Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin, baru-baru ini.

Semakan menerusi sumber Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mendapati tiada sebarang pergerakan beliau keluar dari negara ini.

Berdasarka­n rekod sebelum ini, Musa hanya dikesan berlepas ke Kuala Lumpur dengan penerbanga­n Malindo Air pada jam 9 pagi 14 Mei lalu dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (KKIA).

Beliau dikatakan hadir satu mesyuarat UMNO dipengerus­ikan bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO yang menjalanka­n tugas Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din mengesahka­n pihaknya masih belum dapat mengambil keterangan daripada bekas Ketua Menteri Sabah itu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman berkata, beliau tidak tahu di mana abangnya, Musa Aman berada ketika ini.

“Di mana dia ketika ini, saya tidak tahu, apa yang cuma menjadi kerisauan saya sekiranya beliau tidak sihat.

“Bagaimanap­un saya tahu dia mampu untuk menang dalam pertempura­n (cabaran) ini. Biarkan dia berehat dan balik untuk raya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia