Harian Metro

BERKONGSI REZEKI

TKHM rai 200 anak yatim, pelajar miskin sedia kelengkapa­n Aidilfitri

- Izlaily Nurul Ain Hussein dan Nurul Amanina Suhaini am@hmetro.com.my Johor Bahru

Keseronoka­n membeli kelengkapa­n Aidilfitri jelas terpancar pada wajah 200 anak-anak yatim dan pelajar miskin dari Gelang Patah di sini, sempena program amal Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) di Pasaraya Giant, Tampoi, semalam.

Program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) yang tahun kedua diadakan di mukim Tanjung Kupang, Gelang Patah ini ditaja oleh Country Garden Pacificvie­w (CGPV), pemaju projek Forest City.

Bagi pasangan kembar, Muhammad Arif Ahmad, 13, dan adiknya, Muhammad Afiq Ahmad, program TKHM ini kali kedua disertai mereka sekali gus membantu meringanka­n beban ibu mereka, Kamariah Abdul Samad, 50, dalam membuat persiapan Aidilfitri.

Muhammad Arif berkata, sejak kematian bapa, Ahmad Jamil pada 2015 akibat sakit tua, ibunya yang hanya bekerja kilang dengan pendapatan RM1,000 sebulan membesarka­n mereka lapan beradik.

“Sejak ayah meninggal dunia, memang hidup agak susah tetapi kakak dan abang yang sudah bekerja membantu ibu menanggung perbelanja­an keluarga.

“Terima kasih kepada Harian Metro kerana ini kali kedua kami terpilih untuk menerima sumbangan pada program ini,” katanya yang tinggal di Kampung Pok

Kecil, Gelang Patah.

Anak ketujuh dan bongsu itu berkata, mereka sentiasa ingat pesan ibu yang meminta mereka selalu bersyukur, berjimat-cermat dan bersederha­na dalam kehidupan.

Pada majlis itu, semua yang diraikan turut menerima RM150 setiap

seorang untuk membeli kelengkapa­n Aidilfitri seperti pakaian, kasut, songkok, tudung dan sebagainya.

Mereka turut menerima sumbangan duit raya yang disampaika­n Pengarah Komunikasi Korporat CGPV Aeron Munajat, Pengarang Eksekutif Projek Khas The New Straits Times Press (NSTP) merangkap Pengerusi TKHM Othman Mamat, Ketua Pegawai Komersial NSTP Alfian Talib dan Pengarang Eksekutif Harian Metro Tuan Asri Tuan Hussein.

 ??  ??
 ??  ?? ANAK-ANAK yatiim serta fakiir miiskiin
memiilliih kellengkap­an Aiidiillfi­itrii..
SUKARELAWA­N mengagiihk­an Kotak Rezekii..
MAJLIS berbuka puasa meraikan 30 keluarga miskin di Masjid Jamek Kampung
Tiram Duku.
ANAK-ANAK yatiim serta fakiir miiskiin memiilliih kellengkap­an Aiidiillfi­itrii.. SUKARELAWA­N mengagiihk­an Kotak Rezekii.. MAJLIS berbuka puasa meraikan 30 keluarga miskin di Masjid Jamek Kampung Tiram Duku.
 ??  ?? ANAK-ANAK yatim dan fakir miskin membeli-belah untuk persiapan Aidilfitri pada program TKHM bersama Forest City di Giant Tampoi.
ANAK-ANAK yatim dan fakir miskin membeli-belah untuk persiapan Aidilfitri pada program TKHM bersama Forest City di Giant Tampoi.
 ??  ?? ALFIAN (dua dari kiri), Othman (dua dari kanan) dan Tuan Asri (kanan) beramah mesra dengan anak yatim dan fakir miskin ketika membeli-belah untuk kelengkapa­n Aidilfitri di Giant Tampoi.
ALFIAN (dua dari kiri), Othman (dua dari kanan) dan Tuan Asri (kanan) beramah mesra dengan anak yatim dan fakir miskin ketika membeli-belah untuk kelengkapa­n Aidilfitri di Giant Tampoi.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MUHAMMAD Arif (kanan) bersama Muhammad Afiq ketika membeli-belah untuk persiapan Aidilfitri di Giant Tampoi.
MUHAMMAD Arif (kanan) bersama Muhammad Afiq ketika membeli-belah untuk persiapan Aidilfitri di Giant Tampoi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia