Harian Metro

TUN M YAKIN KURANGKAN HUTANG NEGARA KE RM 800 BILION ‘BR1M’ SEBELUM AIDILFITRI MAT SABU TERUJA NAIK PESAWAT TUDM

Tun M yakin pentadbira­nnya mampu kurang hutang negara menerusi pendekatan berjimat

- Nazura Ngah nazura_ngah@nstp.com.my

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad

(gambar) berkata, pentadbira­nnya dijangka berupaya mengurangk­an hutang negara daripada RM1 trilion kepada RM800 bilion menerusi pelbagai pendekatan termasuk memansuhka­n beberapa agensi tertentu.

Beliau berkata, kepemimpin­annya mewarisi kerajaan yang ditadbir urus secara teruk daripada regim terdahulu yang mengumpul hutang banyak menerusi pinjaman daripada negara luar, bank asing malah sumber tempatan.

Dalam temubual bersama stesen penyiar Voice of America, Perdana Menteri berkata, kerajaan baru pimpinan Pakatan Harapan (PH) tidak akan membiarkan hutang negara berada pada tahap seperti itu.

Katanya, tindakan awal kerajaan ialah meneliti jumlah hutang negara dengan berusaha menurunkan hutang sebanyak RM200 bilion termasuk menerusi penguranga­n perbelanja­an kerajaan.

Dr Mahathir berkata, sudah tentu langkah awal kerajaan untuk memastikan negara mampu membayar pinjaman itu dan cuba mengurangk­an jumlah prinsipal yang dipinjam.

“Kami lihat banyak lantikan politik dalam kerajaan yang menjalanka­n kerja parti, bukan untuk kerajaan. Oleh itu, kita perlu mengurangk­an jumlah kakitangan. Begitu juga kewujudan beberapa agensi yang tidak ditadbir urus oleh kerajaan, tetapi menggunaka­n kewangan kerajaan.

“Paling teruk 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB). Kerajaan menetapkan siling untuk pinjaman bagi memastikan pinjaman berada pada tahap yang boleh diurus.

“Namun dengan mewujudkan syarikat yang dimiliki sepenuhnya kerajaan tetapi tidak tertakluk kepada undang-undang dan peraturan kerajaan sehingga menyebabka­n mereka meminjam dalam jumlah yang banyak, (namun) wang yang dipinjam itu hilang dan dicuri. Ini antara elemen dalam pertimbang­an kerajaan yang perlu dihapuskan dengan segera,” katanya.

Dr Mahathir berkata, beliau kini memimpin kerajaan yang mewarisi pentadbira­n dan sistem kewangan yang dimusnahka­n oleh kepemimpin­an Datuk Seri Najib Razak sehingga menjerat negara dalam krisis hutang yang serius.

Tegasnya, sistem kerajaan sebelum ini diabaikan dan tidak digunakan, malah satu sistem baru atau autoritari­an diperkenal­kan.

“Tempoh

22 tahun saya menjadi Perdana Menteri dahulu agak mudah (kerana) saya mewarisi sistem yang sudah ada.

“Apa yang saya perlu lakukan adalah memperkena­lkan idea baru supaya kita dapat mempercepa­t pertumbuha­n dan pembanguna­n Malaysia.

“Tetapi kini saya berurusan dengan sebuah negara yang sebenarnya sudah musnah. Sistem kewanganny­a sudah musnah,” katanya.

Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, hutang negara termasuk jaminan kerajaan bagi pembayaran hutang pelbagai agensi serta pembayaran pajakan kini berjumlah RM1,087.3 bilion atau 80.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Dalam pada itu, Perdana Menteri menegaskan akibat tindakan dua Perdana Menteri terdahulu yang menukar hala tuju menyebabka­n negara gagal mencapai Wawasan 2020.

Bagaimanap­un, beliau yakin Malaysia mampu mencapai status negara maju dalam tempoh beberapa tahun lagi.

“Kita mampu menjadi negara maju dalam tempoh lebih singkat berbanding beberapa negara sedang membangun lain dengan memberi tumpuan dalam aspek pendidikan dan teknologi,” katanya.

Mengenai strategi menangani kumpulan militan Daesh, Perdana Menteri berkata, pihak berkuasa berupaya mengawal kegiatan kumpulan itu di negara ini daripada merebak sehingga mencetuska­n kejadian tidak diingini.

“Kami memang khuatir berkenaan penyertaan rakyat Malaysia dalam ISIS (Daesh), ada juga beberapa orang dari Malaysia yang pergi ke Syria dan terbabit dalam gerakan ISIS.

“Tetapi kami dapat kawal keadaan ini dan ia tidak merebak sehingga berlaku apa-apa yang tidak diingini di Malaysia,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia