Harian Metro

‘SAYA MAHU TANYA KENAPA?’>

SUSULAN PEMBUNUHAN NUR ALYA DAMIA

- Iskandar Shah Mohamed iskandar@nstp.com.my

“Jika diberi peluang dan kebenaran, saya ingin bersemuka sendiri dengan dia (suspek) untuk bertanya punca dia tergamak melakukan perbuatan itu ke atas Kak Long (anak).

“Semua perkara boleh dibawa berbincang dengan elok dan bukannya berakhir tragis sebegini.”

Itu rintihan Mohd Hairi Jamil, 45, bapa Nur Alya Damia, 19, pelajar Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) yang ditemui mati dipercayai dibunuh bekas kekasihnya di Taman PD Permata, Port Dickson, malam Khamis lalu.

Menurut juruteknik tiga anak itu, nalurinya sebagai bapa kini bercelaru dan ingin mengetahui punca sebenar tindakan remaja lelaki berkenaan yang juga rakan sekuliah anaknya.

“Selama ini, saya tidak pernah sekali pun mengangkat tangan atau memukul Kak Long.

“Oleh itu, saya mahu menemui remaja berkenaan untuk bertanya dan hati ini tidak tenang selagi tidak mendengar dari mulutnya sendiri.

“Saya tidak mahu mempercaya­i berita di Internet mengenai kes ini yang tidak dipastikan kesahihann­ya,” katanya ditemui di di Apartment Amazing Heights, Sungai Udang di sini, semalam.

Kata Mohd Hairi, dia hanya berbuat demikian jika diberi kebenaran oleh pihak berkuasa dan tidak berniat mengganggu proses siasatan.

“Kami sekeluarga terkejut dengan apa yang berlaku dan sedang menguruska­n surat kematian Kak Long serta dokumen berkaitan,” katanya yang tidak begitu mengenali suspek dan dimaklumka­n isteri, Hanaiati Yakub, 45, bahawa Kak Long ada berkawan dengan remaja itu sebelum ini.

Dalam pada itu, Mohd Hairi berkata, hatinya pilu melihat baju kurung raya Kak Long yang dibelinya pada awal bulan ini.

“Mengikut perancanga­n, kami mahu memakai pakaian hijau tua sedondon pada Aidilfitri nanti dan saya memang membelinya lebih awal.

“Selain itu, saya bercadang menghadiah­kan Kak Long kereta bagi memudahkan dia menjalani latihan amali dan menamatkan pengajian dalam jurusan Diploma Rangkaian Komputer.

“Namun semuanya tinggal kenangan, kami reda dengan ketentuan Ilahi,” katanya sebak mengenangk­an anak sulungnya itu yang gemar berbuka puasa dengan Roti John dan masakan isterinya.

Kelmarin, polis menahan penuntut KVPD berusia 19 tahun dipercayai bekas teman lelaki mangsa di rumahnya di Taman PD Idaman, Lukut satu kilometer dari lokasi mayat mangsa ditemukan.

Siasatan mendapati mangsa keluar dari rumah sewanya di Taman PD Idaman selepas dijemput lelaki terbabit menaiki Proton Wira dan mereka dikatakan ke satu lokasi berdekatan taman perumahan itu.

Berlaku perselisih­an faham di dalam kereta sehingga mangsa dicekik lelaki terbabit selama beberapa minit yang menyebabka­n kematianny­a.

Menyedari mangsa meninggal dunia, lelaki itu mencampak mayat mangsa di tepi jalan di Taman PD Permata sebelum ditemui orang awam.

Jenazah Nur Alya Damia selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang di sini, petang kelmarin.

Semua perkara boleh dibawa berbincang dengan elok dan bukannya berakhir tragis sebegini

Mohd Hairi

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MOHD Hairi dan isteri, Hanaiati menunjukka­n baju kurung raya Nur Alya.
MOHD Hairi dan isteri, Hanaiati menunjukka­n baju kurung raya Nur Alya.
 ??  ?? HANAIATI menyiram air ke pusara Nur Alya Damia yang dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Selat Kelang.
HANAIATI menyiram air ke pusara Nur Alya Damia yang dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Selat Kelang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia