Harian Metro

PASAR MALAM TUJUH BENUA

> Pasar malam Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC), Johor, memang unik kerana beroperasi hanya beberapa jam tetapi semua makanan apalagi ayam gunting habis dijual apabila diserbu 4,000 pekerja pelbagai negara.Dibuka jam 5 petang Rabu, Sabtu dan Ahad, pasar

- Hartini Mohd Nawi hartini@hmetro.com.my

Kota Tinggi

Kawasan lapang yang pada hari tertentu lengang kembali berubah wajah setiap petang Rabu, Sabtu dan Ahad.

Bayangkan semua makanan laris terjual sebaik saja pasar malam ini dibuka beberapa jam sekitar jam 5 petang hingga jam 10 malam.

Di setiap gerai makanan dan minuman peniaga tidak menang tangan, gerai gajet dikerumuni dan ramai juga yang berbaris panjang di kaunter perkhidmat­an kiriman wang ke negara asal.

Tidak terkecuali gerai pakaian yang turut menarik perhatian.

Di satu sudut lain, kelihatan pelbagai ragam pengunjung yang seronok menikmati makanan di tepi jalan sambil berbual mesra dengan rakan sekerja.

Itu sebahagian senario yang penulis saksikan sendiri ketika mengunjung­i pasar malam di tapak berhampira­n Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC), dekat sini, sempena lawatan media anjuran Petronas.

Mengamati pengalaman itu, penulis bagaikan berada di bumi asing dek kerana pasar malam itu diserbu pekerja projek berkenaan kebanyakan warga asing

Tiga kali seminggu 4,000 pekerja dari seluruh dunia berkerumun untuk membeli-belah

yang baru saja menamatkan sesi bekerja.

Berada di tengah lautan manusia dalam suasana hingar-bingar, pelbagai jenis bahasa pertuturan kedengaran membuatkan pasar malam itu begitu unik berbanding biasa.

Difahamkan, kira-kira 4,000 pekerja dari 65 negara yang tamat sesi bekerja membanjiri pasar malam itu pada satu-satu masa.

Kepelbagai­an itu memberi manfaat kepada kedua-dua pihak sama ada pengunjung atau peniaganya.

Bagi seorang anak muda ini, dia tidak menyangka bergelar usahawan di pasar malam itu.

Berbekalka­n modal RM4,000 sebagai permulaan, Hazlami Hussin, 28, menjual ayam gunting, sotong dan sosej di situ.

“Awalnya saya berniaga seorang diri dengan satu khemah namun apabila mendapat permintaan menggalakk­an, saya mengaji lima pekerja.

“Permintaan begitu menggalakk­an terutamany­a pekerja dari China. Ia seolah-olah menu baru bagi mereka. Sekurang-kurangnya dalam sehari saya mampu menjual 250 ketul ayam, 250 sotong dan 250 sosej,” katanya yang biasa menuturkan dan memahami beberapa perkataan asas dalam pelbagai bahasa itu.

“Situasi ini dilihat antara usaha mengubah taraf kehidupan ke arah lebih baik selain membuka banyak peluang pekerjaan

kepada anak muda.

“Lebih membanggak­an apabila saya dan peniaga lain secara tidak langsung belajar berbahasa asing bagi memudahkan komunikasi dengan pelanggan (pekerja) di sini,” katanya yang biasa menuturkan beberapa perkataan seperti ayam, sotong dan sosej dalam beberapa bahasa asing.

Mesra disapa sebagai Kak Long, Raziah Bachok, 53, pula berkata, peluang berniaga di tapak pasar malam di tapak berhampira­n PIC itu memberi pendapatan tambahan kepadanya.

Gerainya yang menawarkan nasi ayam penyet dan lontong kering itu mendapat permintaan ramai terutamany­a dalam kalangan pekerja tempatan dan asing.

“Saya mula berniaga di pasar malam ini pada

Disember tahun lalu dan sambutan di luar jangkaan.

“Semua saya sediakan sendiri dibantu dua pekerja,” katanya dikatakan yang memperoleh untung kasar sekitar RM1,500 sehari.

“Malah, ada beberapa perkataan yang dituturkan warga asing di sini dapat saya fahami dan menjadikan urusan jual beli lebih mudah,” katanya.

Ada beberapa perkataan yang dituturkan warga asing di sini dapat saya fahami dan menjadikan urusan jual beli lebih mudah”

Raziah Bachok

 ??  ?? PASAR malam di Kompleks Bersepadu Pengerang, Johor (PIC) anjuran Petronas dengan kerjasama dengan Koperasi Jaya Teluk Ramunia (KOJAYA).
PASAR malam di PIC dibanjiri 4,000 pekerja dari 65 negara pada satu masa.
PASAR malam di Kompleks Bersepadu Pengerang, Johor (PIC) anjuran Petronas dengan kerjasama dengan Koperasi Jaya Teluk Ramunia (KOJAYA). PASAR malam di PIC dibanjiri 4,000 pekerja dari 65 negara pada satu masa.
 ??  ??
 ??  ?? PEKERJA asing memilih sajian
yang dijual.
PAKAIAN tidak terkecuali dijual.
PEKERJA asing memilih sajian yang dijual. PAKAIAN tidak terkecuali dijual.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia