Harian Metro

Larangan Armin jumpa Ziana, anak kekal

-

Shah Alam: Mahkamah Majistret di sini, semalam mengekalka­n syarat jaminan yang melarang suami penyanyi popular, Ziana Zain, menemui anak yang didakwa dicederaka­nnya, tiga bulan lalu.

Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin memutuskan demikian kerana ia tertakluk dengan syarat jaminan yang dibenarkan mahkamah sebelum ini.

Selain mangsa, arahan itu termasuk tidak membenarka­n tertuduh, Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53, mendekati pengadu iaitu Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 50, sepanjang perbicaraa­n kes itu.

Raja Noor Adilla bagaimanap­un tidak membuat keputusan mengenai kebenaran menemui tiga anak tertuduh lain kerana ia lebih kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Terdahulu, Armin yang diwakili peguam Mohd Rizal Bahari mengemukak­an permohonan itu secara lisan dengan menyatakan hasrat mahu menemui anaknya.

Turut hadir ketika prosiding itu, peguam pemerhati dilantik Ziana, Luqman Mazlan.

Kes dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Megat Tharif Afendi.

Sebutan semula kes ditetapkan 27

Jun depan bagi pengurusan kes dan tarikh perbicaraa­n.

Pada 15 Mei lalu, Harian Metro melaporkan Armin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu didakwa sengaja menyebabka­n luka dan lebam ke atas anak lelaki berusia sembilan tahun dengan menggunaka­n rotan di tangan.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di rumahnya di Denai Alam di sini, antara jam 8 malam hingga 10.30 malam, 24 Februari lalu.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara hingga setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Pada hari sama, Mahkamah Rendah Syariah di sini, menetapkan 28 Jun depan sebagai tarikh sebutan bagi mendengar laporan Jawatankua­sa Pendamai berhubung kes perceraian pasangan itu.

Hakim Syarie Mohd Nizar Mohtar memutuskan demikian selepas Armin enggan melafazkan talak secara baik kerana mahu menemui semua anak mereka.

Pasangan yang bernikah pada Mei 1998 itu dikurniaka­n empat cahaya mata, Muhammad Aiman, 19, Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

 ??  ?? ARMIN
ARMIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia