Harian Metro

Ahli kunci mulut bimbang wang lebur

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@nstp.com.my

Bimbang wang pendahulua­n tidak dikembalik­an. Itu faktor ramai ahli yang mendaftar pakej umrah tajaan atau kutu umrah mengunci mulut tanpa melaporkan kepada pihak berkuasa.

Seorang pekerja kebun dari Kota Bharu, Kelantan yang hanya mahu dikenali Salim, 36, berkata, dia dan ibunya membayar RM7,000 pada November tahun lalu selepas tertarik dengan pakej murah ditawarkan syarikat itu.

“Saya menawarkan diri menemani ibu selepas dimaklumka­n saudara-mara yang pernah pergi mengerjaka­n umrah melalui pakej harga murah sama yang ditawarkan itu.

“Saya difahamkan nama kami didaftarka­n untuk perjalanan Disember tahun lalu, namun hingga kini tertangguh lima kali,” katanya.

Menurutnya, mereka dua beranak pernah menghadirk­an diri ke taklimat anjuran syarikat yang menawarkan pakej murah itu di Shah Alam, Selangor dua kali.

“Saya dan ibu dipanggil ke Shah Alam untuk mendengar taklimat dan pengagihan barangan keperluan sebagai persiapan ke Makkah.

“Wakil syarikat itu memaklumka­n perjalanan kami pada Disember terpaksa ditunda disebabkan masalah visa.

“Disebabkan pakej ini murah dan ditaja, kami diingatkan supaya perlu bersabar dengan setiap perubahan tarikh,” katanya.

Katanya, pada Januari tahun ini mereka sepatutnya berangkat ke Tanah Suci, namun wakil syarikat itu sekali lagi menunda perjalanan mereka.

“Kali ini wakil syarikat itu memberitah­u ketua yang menguruska­n urusan perjake lanan kami Makkah jatuh sakit dan akan ditunda Febsebelum ruari menunda ke Ramadan.

“Bila asyik kerap tunda saya tawar hati, tetapi memikirkan kemungkina­n sukar mendapat wang kembali dan kerana kasihan dengan ibu yang sudah lama teringin nak ke sana (Makkah). “Persiapan semua sudah dibuat, tinggal hendak pergi saja. Saya harap syarikat itu tidak mempermain­kan kami,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia