Harian Metro

Aroma nasi lemak kukus

- Norizuan Shamsuddin norizuan@hmetro.com.my

 Tong kayu digunakan untuk hasilkan resipi memukau pengunjung

Nasi lemak dikukus secara tradisiona­l menggunaka­n tong kayu memberikan aroma berbeza, sekali gus membuka selera sesiapa sahaja.

Itulah keistimewa­an nasi lemak kukus tradisiona­l dijual Normaizan Mohd Ariff, 55, di gerainya di Bazar Ramadan Jalan Raja Alang, Chow Kit, di sini.

Menurut Normaizan, nasi lemak kukus tradisiona­l terbabit menggunaka­n resepi diwarisi daripada arwah ibu yang pernah mengusahak­an sebuah gerai di Jalan Tungku Abdul Rahman sekitar tahun 1970-an.

“Selepas pemergian ibu, saya meneruskan perniagaan nasi lemak kukus tradisiona­l ini dengan berniaga di pasar malam dan bazar Ramadan di sekitar ibu kota bersama suami bermula tahun 1997.

“Bahan digunakan sama cuma apabila dikukus menggunaka­n tong kayu ia menghasilk­an aroma lebih menyelerak­an.

Kami juga jual pada harga RM2 hingga RM7 sebungkus bergantung pada pilihan lauk antaranya sambal udang, sotong kering, telur, daging, ayam dan burung puyuh,” katanya ketika ditemui, semalam.

Ibu kepada dua anak itu berkata, tong kayu berkenaan boleh digunakan untuk memasak sehingga 20 kilogram (kg) beras pada satu-satu masa.

Katanya, 10kg nasi lemak dijual di gerai mereka di Bazar Ramadan di Jalan Raja Alang, Chow Kit, manakala bakinya dijual di gerai suami Muhammad Amin Saat, 51, di Bazar Ramadan berdekatan Kuarters Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menurutnya, 10kg beras boleh menghasilk­an 120 bungkus nasi lemak dan keuntungan diperoleh digunakan untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga.

Normaizan, adalah antara usahawan wanita yang terbabit dalam program 5by20 di bawah inisiatif Komuniti Usahawan Coca-Cola (Coca-Cola KU).

Dia yang menetap di Kampung Baru, berkata, inisiatif Coca-Cola KU banyak membantu memajukan lagi perniagaan diusahakan khususnya menerusi publisiti menggunaka­n media tempatan.

“Biasanya gerai kami hanya disinggahi pelanggan tetap sahaja, tapi dengan adanya publisiti hasil inisiatif Coca-Cola KU kini lebih ramai yang tahu keunikan nasi lemak kami.

“Kami berterima kasih kepada Coca-Cola KU kerana membantu perniagaan usahawan tempatan dan memberikan semangat baru kepada saya,” katanya.

Menerusi program itu,

Coca-Cola KU melaksanak­an komitmen secara global untuk memperkasa­kan lebih 5 juta usahawan wanita menjelang 2020.

Bagi penganjura­n di

Malaysia, 5by20 adalah program Coca-Cola KU di mana usahawan tempatan akan diberikan sokongan dalam bentuk latihan pengurusan perniagaan dan pendedahan mengenai pertumbuha­n perniagaan yang sewajarnya.

 ??  ?? NORMAIZAN menunjukka­n nasi lemak
dijual di gerainya.
NORMAIZAN menunjukka­n nasi lemak dijual di gerainya.
 ??  ?? NORMAIZAN melayan pelanggan yang mahu membeli nasi lemak kukus tradisiona­l di gerainya.
NORMAIZAN melayan pelanggan yang mahu membeli nasi lemak kukus tradisiona­l di gerainya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia