Harian Metro

Hanya 19 keluarga belum pulang

-

Tasek Gelugor: Jumlah mangsa banjir yang ditempatka­n di dua pusat pemindahan dekat sini berkuranga­n daripada 202 kepada 98 orang membabitka­n 19 keluarga setakat jam 10.30 pagi semalam.

Timbalan Pengerusi Jawatankua­sa Bencana Daerah Seberang Perai Utara, Hakmal Effendi Ishak berkata, jumlah itu berkuranga­n berikutan penduduk pulang ke rumah masing-masing sejak awal pagi semalam berikutan keadaan banjir semakin pulih.

Bagaimanap­un, katanya, semua agensi terbabit menjalanka­n pemantauan bagi memastikan kediaman penduduk selamat diduduki.

“Sebahagian besar penduduk pulang dan hanya tinggal segelintir lagi berikutan rumah mereka masih tidak selamat untuk didiami.

“Kami sentiasa membuat pemantauan di rumah mereka sebelum memberi kebenaran penduduk pulang, sekali gus menutup pusat pemindahan ini,” katanya ditemui di Pusat Pemindahan Banjir Kampung Desa Puri di sini, semalam. Dalam kejadian jam 4 pagi kelmarin, penduduk dari kampung ini dan Kampung Paya Tok Akil yang tinggal berdekatan sungai berpindah selepas rumah mereka dinaiki air disebabkan hujan lebat serta limpahan air dari hulu Sungai Kulim, Kedah ke Sungai Jarak, di sini.

Sementara itu, Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh berkata, beliau akan menyiasat dakwaan penduduk berhubung kelambatan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menutup pintu air menjadi antara salah satu punca kepada kejadian banjir yang kerap berlaku di kawasan itu.

“Kami tidak mahu membuat tuduhan, sebaliknya menyiasat dakwaan itu.

“Jika ada mana-mana kelemahan, kita sama-sama perbaiki dan mencari jalan penyelesai­an terbaik demi penduduk di sini,” katanya.

 ??  ?? SEBAHAGIAN man gs a di Pusat Pemindahan Banjir Kampung Desa Puri, semalam.
SEBAHAGIAN man gs a di Pusat Pemindahan Banjir Kampung Desa Puri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia