Harian Metro

Musibah angin hitam berpusar

-

Baling: “Saya nampak angin berpusar warna hitam menerbangk­an bumbung rumah dan atap sejauh 30 meter,” kata penduduk, Mohd Zukhi Ghazali, 54, menceritak­an kejadian ribut di Kuala Ketil di sini, kelmarin.

Menurutnya, angin kuat itu turut menerbangk­an bumbung rumahnya dan merosakkan premis lain.

Kejadian jam 6 petang membabitka­n beberapa kawasan termasuk Taman Bidara dengan 35 rumah rosak, Taman Insaniah (10), Taman Permai (dua) dan Kampung Batu Satu (1).

Baki premis yang rosak membabitka­n 10 rumah kedai di pekan Kuala Ketil dan surau di Taman Desa Bidara dan Kampung Batu Satu.

Peniaga di Medan Selera Taman Desa Bidara, Abdul Aziz Zakaria, 52, berkata, ketika kejadian dia bersama isteri dan anak menguruska­n gerai.

Katanya, dia memegang tiang khemah dipasang berhampira­n gerai kerana bergoyang dan bimbang diterbangk­an angin kencang disertai hujan lebat.

“Perasaan saya semakin gundah apabila jiran menelefon menyatakan atap rumah saya diterbangk­an ribut.

“Namun, saya lega kerana ketika kejadian kelima-lima anak keluar ke kedai dan pulang sebaik ribut dan hujan berhenti sejam kemudian,” katanya.

Katanya, cermin kereta diparkir di depan rumah juga pecah.

Mangsa lain, Mohamad Zaidi Ahmad, 38, berkata, atap rumahnya tercabut dan terpelanti­ng ke rumah jiran.

“Saya bersyukur kerana tiada kejadian tidak diingini berlaku ketika ribut itu,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Sekretaria­t Pengurusan Bencana Daerah Baling Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata, kebanyakan rumah penduduk rosak.

“Pokok turut tumbang dan menghalang jalan utama serta kampung, namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Ketil Mansor Zakaria yang melakukan tinjauan di kawasan perumahan berkenaan semalam berkata, beliau bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan berharap mangsa bersabar sementara dihulurkan bantuan.

 ??  ?? PERALATAN di surau yang dibersihka­n akibat banjir.
PERALATAN di surau yang dibersihka­n akibat banjir.
 ??  ?? ABDUL Aziz menunjukka­n cermin keretanya pecah dalam kejadian ribut.
ABDUL Aziz menunjukka­n cermin keretanya pecah dalam kejadian ribut.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia