Harian Metro

Bilangan undi rosak tak masuk akal

-

Jaya: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mendakwa ada unsur penipuan sewaktu pengiraan undi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sehingga ada calon Pakatan Harapan (PH) tewas dengan jumlah undi rosak yang tidak masuk akal dan mengejutka­n.

Pengerusi Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata, keputusan itu sekali gus menyebabka­n gabungan parti dalam pakatan itu tidak mendapat keputusan baik walaupun memenangi PRU14, 9 Mei lalu.

“Ada calon yang menang, tiba-tiba datang peti undi lain menyebabka­n kita kalah. Ada juga kes di mana undi rosak mencecah 700 hingga 800 undi. Takkanlah orang Malaysia ini bodoh sangat.

“Berapa banyak kerusi yang hilang? Kami masih mengira. Agak banyak, saya tidak dapat kata beberapa jumlah. Bukan saja parti (PPBM) tetapi parti lain juga,” katanya selepas mempengeru­sikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu di ibu pejabat parti di Menara Yayasan Selangor, di sini semalam.

Ditanya jika kerajaan membuat perubahan termasuk menukar Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) berikutan unsur penipuan itu, Dr Mahathir berkata, “Bagi parti berkenaan, kami sedia membangkit­kan kes ini, bergantung kepada penemuan. Jika kita ada alasan atau tidak, apa jua tindakan yang perlu bakal diambil.”

“Saya difahamkan beliau (Pengerusi SPR), mahu meletak jawatan tetapi jika ia berbuat demikian dan jika ada apa-apa terhadapny­a, tindakan tetap diambil mengikut undang-undang negara,” katanya.

Mengenai mesyuarat itu, Dr Mahathir berkata, kebanyakan perbincang­an tertumpu kepada masalah yang muncul selepas PRU14 selain permintaan ribuan anggota UMNO untuk menyertai PPBM ketika ini.

Beliau berkata, pihaknya sedia menentukan status mana-mana permohonan hanya apabila anggota UMNO mengisytih­arkan diri keluar parti dan menyatakan pendirian terhadap PH..

Jelasnya, mesyuarat berkenaan juga membincang­kan hala tuju seterusnya selepas misi menumbangk­an bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilakukan. -BERNAMA

 ??  ?? Ada calon yang menang, tiba-tiba datang peti undi lain menyebabka­n kita kalah. Ada juga kes di mana undi rosak mencecah 700 hingga 800 undi. Takkanlah orang Malaysia ini bodoh sangat.”
Ada calon yang menang, tiba-tiba datang peti undi lain menyebabka­n kita kalah. Ada juga kes di mana undi rosak mencecah 700 hingga 800 undi. Takkanlah orang Malaysia ini bodoh sangat.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia