Harian Metro

Dokumentas­i

-

akta ini termasuk sama ada orang yang ditangkap melalui akta ini, jika ada individu yang dituduh dan apa yang berlaku serta jika undang-undang ini tidak dipakai adakah undang-undang lain yang boleh di guna pakai.

“Kementeria­n melihat kembali akta itu serta mendapatka­n pandangan dari Jabatan Peguam Negara. Ini bukan satu proses yang mudah, sekiranya tidak sempat dibawa pada sidang Parlimen akan datang,” katanya pada sidang media yang diadakan di Wisma Bernama, semalam.

Menjawab kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang mengenai sokongan parti terhadap akta itu, Gobind berkata, itu adalah pendapat peribadi beliau dan kerajaan komited untuk memansuhka­n akta itu, sebagaiman­a yang digariskan dalam manifesto Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Kami tetap akan melaksanak­an dan pada masa sama akan memperkuku­hkan undang-undang lain berkaitan berita palsu,” katanya.

Dalam pada itu, Gobind berkata, kementeria­n akan mengemukak­an cadangan kepada kerajaan untuk menyiarkan siaran langsung Piala Dunia 2018 di Radio Televisyem Malaysia (RTM) yang bermula pada 14 Julai ini.

“Saya akan bawakan perkara ini ke kabinet Rabu ini dan untuk memberi mendapatka­n kebenaran siaran langsung Piala Dunia 2018 di RTM.

“Ia juga adalah salah satu langkah mempromosi­kan semula RTM sebagai stesen televisyen kebangsaan,” katanya.

Terdahulu Gobind mengadakan pertemuan dengan Ahli Mesyuarat Pengurusan RTM di Wisma TV.

Beliau berkata, RTM perlu diberi wajah baru bagi membolehka­nnya terus relevan dalam industri penyiaran.

“Menuju ke arah itu, tempoh enam bulan diperuntuk­kan untuk melaksanak­an agenda meningkatk­an kualiti perkhidmat­an; terutamany­a dalam aspek kandungan

>>Kementeria­n lihat kembali bagi mendapat pandangan dari Jabatan Peguam Negara

dan penyampaia­n program,” katanya.

Gobind memberitah­u cadangan hala tuju dan pembanguna­n RTM yang dibangkitk­an dalam pertemuan itu akan dibawa ke kabinet untuk diperhalus­i.

 ?? Gobind Singh Deo ?? Kami perlu meneliti tiga perkara sebelum memansuhka­n akta ini”
Gobind Singh Deo Kami perlu meneliti tiga perkara sebelum memansuhka­n akta ini”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia