Harian Metro

Saham jatuh akibat jual besar-besaran

-

Kuala Lumpur: Aktiviti pasaran saham tempatan ketika ini berada pada paras sihat dan penurunan yang berlaku ketika ini adalah sejajar dengan penjualan besar-besaran dalam pasaran serantau serta global.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Datuk Shahril Ridza Ridzuan, ber kata pihaknya tidak bimbang mengenai aktiviti pasaran saham tempatan ketika ini.

Beliau berkata, lazimnya, pasaran saham akan mencatatka­n kejatuhan dan peningkata­n.

Paling utama, jelasnya, adalah melihat pasaran dalam jangka panjang.

“Kami selalu mengingatk­an orang supaya tidak melihat pasaran dalam jangka pendek. Sebaliknya melihat dalam tempoh kitaran tiga hingga lima tahun. Ia adalah cara terbaik membuat pelaburan,” katanya ketika ditemui selepas pertemuan dengan Majlis Penasihat Kerajaan di sini, semalam.

Mengulas mengenai perkara yang dibincangk­an pada pertemuan itu, Sharil berkata, perkara yang dibincangk­an berkisar mengenai KWSP termasuk prestasi pengurus dana persaraan itu setakat ini.

Beliau berkata, pihaknya juga membincang­kan apa yang boleh KWSP lakukan untuk menjamin masa depan pencarum.

“Visi kami menyediaka­n perkhidmat­an terbaik kepada pencarum. Kami memberi taklimat bagaimana kami menyampaik­an perkhidmat­an kami, pelaburan dan pulangan kepada pencarum,” katanya.

Mengenai sama ada isu pemansuhan tol turut dibincangk­an, Shahril berkata, isu itu tidak dibincangk­an pada pertemuan pada kali ini.

Beliau berkata, perkembang­an terkini mengenai perkara itu akan diumumkan Majlis Penasihat Kerajaan.

Sementara itu, selain KWSP, Majlis Penasihat Kerajaan juga bertemu dengan pemimpin utama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) utama lain.

 ??  ?? SHAHRIL Ridza
SHAHRIL Ridza

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia