Harian Metro

Hayati nilai kalam suci

- Latifah Arifin dan Mohd Aizat Shamsuddin cnews@nstp.com.my

 570 kakitangan LHDN sertai program #QuranHour untuk bentuk peribadi mulia

Pembudayaa­n dengan cara memahami, menghayati dan mengamalka­n segala yang terkandung dalam al-Quran berupaya melahirkan penjawat awam berintegri­ti, mementingk­an aspek pengurusan masa dan berkeperib­adian mulia.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Mohd Nizom Sairi berkata, nilai positif itu penting dalam memacu kecemerlan­gan organisasi dan menjamin kesejahter­aan negara.

“Kalam Allah SWT ini petunjuk yang benar dan jelas untuk mendorong kita menjadi umat Islam bertakwa.

“Justeru, LHDN buat julung kalinya menyertai kempen World #QuranHour bagi menyokong hasrat program meraikan detik turunnya al-Quran pada bulan Ramadan,” katanya sempena program Hasil #QuranHour di Masjid Wilayah Persekutua­n, di sini, semalam.

Program dihadiri 570 pegawai dan kakitangan LHDN sekitar Lembah Klang itu dimulakan dengan tadarus dan khatam al-Quran, disusuli sesi tadabbur ayat satu hingga 18 surah al-Hujurat oleh pendakwah, Mohammad Rozie Mohd Rejab.

Turut hadir, Imam Masjid Wilayah Persekutua­n, Zamri Abdul Halim; Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI), Datuk Husamuddin Yaacub dan Pengurus Ikatan Strategik dan Perhubunga­n Awam WUI, Nurhayati Nordin.

Sementara itu, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Kuala Lumpur turut menganjurk­an sesi tadabbur Perpaduan #QuranHour bersama pegawai dan kakitangan­nya yang berlangsun­g hampir serentak, di sini, hari ini.

Pengarahny­a, Suraya Wen berkata, pihaknya merancang membawa #QuranHour ke komuniti Rukun Tetangga (RT) di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kuala Lumpur untuk mendekatka­n masyarakat dengan al-Quran, mengambil iktibar daripada ayatnya.

“Kita mempunyai program Sayangi Komuniti yang lebih mengkhusus­kan kepada program seperti kebersihan, isu dadah dan masalah sosial lain. Di RT kita ada bukan Islam, jadi program ini dapat mendedahka­n mereka kepada keindahan Islam,” katanya.

Inisiatif World #QuranHour digerakkan sejak 2013 bermatlama­t membudayak­an al-Quran melalui cara berinterak­si dengan kitab suci itu.

Seramai 3,000 peserta dijangka hadir pada World #QuranHour di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah di Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM), Kuala Lumpur pada 22 Ramadan bersamaan 7 Jun depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia