Harian Metro

Koleksi boxer habis terjual dalam tiga hari

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Koleksi pakaian dalam lelaki atau ‘boxer’ keluaran penyanyi dan pelakon, Izzue Islam yang baru dilancarka­n awal bulan ini habis dijual dalam tempoh tiga hari.

Izzue berkata, untuk keluaran pertama, dia mengeluark­an 120 helai saja yang terdiri daripada dua koleksi berbeza yang dijual secara atas talian.

“Saya tak sangka dapat sambutan begini. Saya hanya keluarkan sedikit kerana berasakan sambutanny­a sekadar biasa-biasa saja.

“Apatah lagi, produk bermusim dan selalunya orang beli selepas setahun atau apabila tidak boleh dipakai,” katanya.

Izzue berkata, tempahan diterima banyak, tetapi tidak dapat dihasilkan kerana syarikatny­a fokus menyiapkan kurta dan songkok.

Namun, anggota kumpulan Forteen ini merancang untuk mengeluark­an pada jumlah lebih banyak iaitu 500 hingga 1,000 helai selepas Aidilfitri nanti.

Dia juga mahu menjadikan koleksi pakaian dalam lelaki itu sebahagian daripada produk utama selain kurta, kemeja, songkok, biskut dan kanta lekap di bawah jenamanya.

Pelakon Syafiq Kyle yang kini popular menerusi watak Ustaz Adam dalam drama Nur di TV3 dihambat kontrovers­i baru apabila panggilan video seks bersama ‘wanita’ dikenali sebagai Mira tular di laman sosial sejak kelmarin.

Video berdurasi tujuh minit 22 saat itu memaparkan lelaki yang mirip wajah Syafiq memegang kemaluanny­a sambil berbaring selepas diminta Mira untuk berbuat sedemikian.

Menerusi video itu, dia turut melakukan beberapa aksi ghairah dan menyebut nama Mira.

Video itu juga memaparkan perbualann­ya yang mengajak ‘wanita’ itu untuk melakukan hubungan seks sekiranya mereka berjumpa.

Wakil pengurusan Syafiq Kyle, Shawn Amer ketika dihubungi berkata, pihaknya akan mengeluark­an kenyataan dalam masa terdekat ini.

(kami akan lakukan), sekejap ya.

(sedang siapkan kenyataan),”

 ??  ??
 ??  ?? IZZUE
IZZUE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia