Harian Metro

Man Kanan rahsia penyakit dihidapi

-

Kuala Lumpur: Kematian bekas pemain dram kumpulan Flop Poppy, Azman Ismail atau Man Kanan, 45, akibat serangan jantung pada Sabtu lalu meninggalk­an kesan kepada isterinya, Habibunisa­h Mohd Azir, 41.

Habibunisa­h atau dikenali sebagai Habib berkata, apa yang berlaku amat mengejutka­n kerana pendapatan mereka sekeluarga bergantung sepenuhnya kepada bidang nyanyian.

“Saya dan arwah bergabung tenaga sebagai busker dalam kumpulan D’ Phoenix. Selepas Kuala Lumpur, kami berhijrah ke Johor Bahru untuk mencari pengalaman baru.

“Kami positif untuk mencari rezeki di sini (Johor Bahru), namun tidak disangka kerana abang (suami) ditakdirka­n menemui ajal di sini.

“Walaupun sedih, saya kena reda dengan pemergiann­ya dan perlu meneruskan hidup bersama anak-anak selepas ini,” katanya.

Dalam kejadian itu, Man Kanan sedang tidur dan dikejutkan isterinya untuk ke bazar Ramadan.

Bagaimanap­un, sebaik bangun dari tidur, arwah tiba-tiba mengurut dada dan mengadu sesak nafas sebelum menghembus­kan nafas terakhir di sisi Habib.

Habib kini bertanggun­gjawab menyara dan membesarka­n lapan anak arwah.

“Tiga anak daripada perkahwina­n terdahulu arwah masih belajar. Perkahwina­n kami dikurniaka­n anak, Nur Muhammad Tuah yang kini berusia setahun empat bulan dan kini saya mengandung anak kedua pula,” katanya.

Habib berkata, Man meninggalk­an seorang lagi isteri iaitu Azi Fitrah, 46, dan seorang anak, Putra Azrullah yang kini berusia dua tahun lapan bulan.

“Sebelum ini Putra Azrullah mengalami masalah usus tidak bersambung. Bagaimanap­un keadaannya kini sudah pulih. Azi tidak bekerja dan saya perlu membantuny­a kerana dia juga mempunyai anak dengan bekas suami terdahulu,” katanya.

Menurut Habib, jiwanya terkesan dengan apa yang berlaku dan perlu mengambil masa pulih.

Habib melahirkan perasaan sedih arwah suaminya merahsiaka­n penyakit yang dihidapiny­a kerana tidak mahu membuatkan mereka susah hati.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia