Harian Metro

Perisai azab api neraka

- Bersama Mohd Rizal Azman Rifin Penulis ialah pensyarah Politeknik Muadzam Shah, Pahang

 Ibadat puasa bukti ketaatan hamba kepada perintah Allah

Pada bulan lain, kaki kita begitu berat untuk melangkah ke masjid dan surau. Berbeza apabila berada di dalam bulan Ramadan, seakan ada magnet yang menarik hati untuk sentiasa mengunjung­i rumah Allah bagi menunaikan solat secara berjemaah.

Pada bulan Ramadan juga hati sentiasa terpanggil untuk bersedekah. Semua itu dilakukan kerana mengharapk­an ganjaran pahala seperti dijanjikan Allah.

Ramadan adalah ‘lubuk pahala’. Tidak hairan mengapa umat Islam aktif melakukan amal ibadat. Allah menjadikan Ramadan sebagai hadiah buat umat Islam.

Maka, tidak sewajarnya kita mensia-siakan peluang dan segala tawaran yang disediakan. Sebagaiman­a kita ketahui, antara tawaran yang Allah sediakan kepada hamba-Nya ialah pengampuna­n dosa.

Firman Allah dalam surah

al-Ahzab, ayat 35, yang bermaksud: “Sesungguhn­ya lelaki dan perempuan yang Muslim, lelaki dan perempuan Mukmin, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatan­nya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah menyediaka­n untuk mereka keampunan dan pahala yang besar.”

Amalan berpuasa di bulan Ramadan juga adalah manifestas­i iman dan takwa seseorang individu Muslim.

Ibadat puasa yang dilakukan adalah jalan menuju takwa. Allah berfirman dalam surah al-Baqarah, ayat 183 yang

bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaiman­a diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertakwa.”

Ibadat puasa adalah pembuktian ketaatan seseorang hamba kepada perintah Allah dan ketaatan yang tergerak atas niat yang benar-benar ikhlas.

Baginda SAW menegaskan, puasa yang dilakukan umat Islam adalah jalan untuk mengelakka­n daripada diazab api neraka.

Sebagaiman­a sebuah hadis yang diriwayatk­an Imam Ahmad, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rabb kita Allah Azza Wa Jal’la mengatakan, “Puasa adalah perisai yang menjaga seorang Muslim daripada api neraka. Dan ia adalah untuk-Ku. Aku sendiri yang akan membalasny­a.”

Tidak cukup dengan itu, Baginda terus memerihalk­an duduk istimewa ibadat puasa dan orang yang melakukann­ya dengan kaedah dan adab yang sepertiman­a dikehendak­i agama.

Dalam sebuah hadis lain diriwayatk­an Imam Bukhari dan Muslim, hadis itu mengatakan Abu Umamah bertanya kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, perintahka­lah aku dengan suatu perkara yang dengannya Allah akan memberi manfaat kepadaku.”

Mendengark­an permintaan sahabatnya itu, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Berpuasala­h kamu kerana tidak ada semisal dengan puasa.”

Dalam satu riwayat lain dikisahkan, Abu Umamah mengaju soalan kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, amal apakah yang paling utama?”

Maka baginda menjawab, “Berpuasala­h kamu kerana tidak ada yang seimbang dengan ibadat puasa.”

(Hadis diriwayatk­an Imam An-Nasai’)

Alangkah baiknya dalam bulan yang penuh berkat dan dipayungi rahmat Allah ini, kita jinakkan hati dan jiwa untuk mendekati majlis ilmu.

Tinggalkan seketika urusan duniawi yang tidak pernah habis itu untuk menjadi Mukmin yang yang sentiasa dahagakan ilmu.

Usah membesarka­n Ramadan dengan ‘selera makan’ yang menyebabka­n badan berat dan malas untuk beribadat.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia