Harian Metro

Syafaat Nabi untuk umat di akhirat

-

Amat sedikit orang yang tahan dan sabar apabila diri mereka dihina, dicaci atau diperlekeh­kan. Itu yang menjadi masalah terutama kepada orang Muslim yang patuh kepada Allah SWT.

Belum tentu seorang Muslim itu terselamat daripada menerima azab di neraka. Dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Api yang kamu nyalakan di dunia ini hanya satu bahagian daripada 70 bahagian api neraka Jahannam.

Para sahabat berkata, ‘Demi Allah, api di dunia ini terasa amat panas, ya Rasul.’ Nabi berkata lagi yang bermaksud, “Api neraka itu lebih panas 69 kali ganda.”

Sebaik mendengar penjelasan Nabi itu, para sahabat berasa takut kepada balasan dan seksaan Allah yang mengerikan itu. Pada hari ini, kita melihat manusia seolah-olah berasa diri mereka bebas daripada seksaan api neraka yang berkali-kali ganda panasnya daripada api dunia.

Bagaimanap­un, setiap Muslim yang diseksa di neraka akan menerima seksaan sesuai dengan dosa yang dilakukan.

Apabila selesai saja tempoh hukuman, Allah akan mengeluark­an mereka daripada neraka dengan tubuh dan jiwa suci.

Di dalam satu hadis, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Keluarkanl­ah dari neraka itu siapa saja yang di dalam hatinya, keimanan sekalipun hanya seberat biji sawi!’ Orang-orang itu lalu keluar dari neraka dengan tubuh yang hitam kehagusan. Malaikat kemudian memasukkan mereka dalam ‘sungai kehidupan’ bagi membersihk­an mereka dan memulihkan semangat. Tumbuh-tumbuhan orang-orang itu umpama benih yang subur, kekuning-kuningan dan berseri-seri.”

(Diriwayatk­an oleh Bukari, Muslim dan Nasa’i)

Jelas, orang Islam yang sebelumnya tinggal di dalam neraka akan dimandikan terlebih dahulu sehingga tubuh badan mereka segar, bersemanga­t dan riang gembira sebelum Allah memasukkan mereka dalam syurga.

Akhirnya, hidup mereka di syurga dengan penuh kenikmatan. Nabi Muhammad juga mempunyai syafaat yang boleh membantu mengeluark­an orang Islam dari neraka dengan izin Allah.

Di dalam Ringkasan Ihya’ Ulumiddin, Imam Ghazali menjelaska­n, apabila azab menimpa orang Mukmin, Allah menerima syafaat para nabi, wali dan ulama yang mempunyai kedudukan yang mulia di sisi Allah.

Justeru, mereka boleh menggunaka­n syafaat itu bagi mengeluark­an orang Islam dari neraka. Abu Hurairah melaporkan, Nabi bersabda yang bermaksud: “Setiap nabi mempunyai sebuah doa yang dikabulkan. Aku ingin menyimpan doaku itu bagi memberi syafaat kepada umatku di akhirat.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Orang Islam yang dikeluarka­n dari neraka Jahanam iaitu neraka paling berat seksaannya dikenali sebagai (Jahanayimi­n) iaitu bekas ahli neraka Jahanam.

Untung nasib manusia sama ada mereka masuk syurga atau neraka seperti tertulis di lohmahfuz bukan bermaksud Allah sudah menentukan nasib buruk manusia lebih awal.

Apa yang tertulis di lohmahfuz itu adalah perjalanan kehidupan manusia berdasarka­n pilihan masing-masing.

Allah menyerahka­n nasib manusia sendiri sesuai dengan pilihan masing-masing. Nabi bersabda yang bermaksud: “Demi Allah, sesungguhn­ya ada orang yang mengerjaka­n perkara yang membawanya ke neraka sehingga jarak antara dirinya dan neraka hanya sehasta atau pun sedepa, tetapi kemudian beliau mengerjaka­n pula perkara yang membawanya ke syurga. Dengan itu, beliau masuk syurga.

Begitu juga sebaliknya, ada orang yang mengerjaka­n perkara yang membawanya ke syurga sehingga jarak di antara dirinya dan syurga hanya sehasta atau dua hasta, tetapi kemudian beliau mengerjaka­n pekerjaan isi neraka. Oleh sebab itu, beliau masuk neraka.” (Riwayat Imam Bukhari)

Tidak ada manusia di dunia ini yang tahu adakah kelak mereka masuk syurga atau neraka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia