Harian Metro

Lalui prosedur ditetapkan

- DARI MUKA R27

Ditemui baru-baru ini, Nabil bagaimanap­un menafikan projek yang diperoleh untuk menerbitka­n program mahupun drama untuk Astro disebabkan dia anak emas.

“Sebagai artis yang bernaung di bawah

Astro, sudah tentu saya berterima kasih atas peluang diberikan.

Saya sendiri mahukan peningkata­n dalam hidup.

“Menjadi penerbit adalah sebahagian daripada impian saya selepas menimba ilmu dalam dunia lakonan dan pengacaraa­n. Memandangk­an sudah lama bernaung di bawah pengurusan Astro, mereka turut memberi peluang untuk saya merealisas­ikan impian selama ini,” katanya.

Namun kata Nabil, untuk bergantung kepada impian semata-mata tidak boleh juga kalau pihak Astro tidak nampak apa yang produksiny­a mahu lakukan.

“Sama seperti produksi lain, NAPSB harus melalui proses dan prosedur yang ditetapkan. Pihak saya perlu menghasilk­an proposal dan selepas dinilai, saya harus melalui proses ‘pitching’.

“Menilai dari sudut itu, NAPSB tidak diberi keistimewa­an. Kalau betul dianggap anak emas Astro, pastinya saya tidak perlu melalui semua proses ini,” katanya.

Menurut Nabil, kebanyakan karya dihasilkan berbeza dengan apa diterbitka­n produksi lain yang disiarkan di stesen TV sama.

“Saya tahu, setakat ini karya diterbitka­n NAPSB agak berbeza dengan formula yang digunakan kebanyakan penerbit lain.

“Bagaimanap­un, saya berasa bertuah apabila pihak Astro sudi memberikan peluang untuk hasilkan kelainan walaupun ia susah untuk diterima penonton buat masa ini,” katanya.

Tegas Nabil, antara tujuan dia menubuhkan produksi sendiri adalah mahu menghasilk­an karya yang tidak sterotaip.

“Saya sedia maklum ramai penonton susah menerima apa yang saya cuba lakukan tetapi percayalah ia akan jadi cerminan karya pada masa hadapan,” katanya.

Menyentuh aktivitiny­a sepanjang Ramadan,

Nabil berkata dia bakal berangkat ke Makkah untuk menunaikan ibadat umrah pada 10 malam akhir.

“Tahun ini adalah kali kelima saya menunaikan umrah pada Ramadan. Syukur, kerana masih diberikan kesempatan untuk menjejakka­n kaki ke Tanah Suci pada bulan penuh barakah ini,” katanya.

Jelas Nabil lagi disebabkan itu juga, dia berusaha menyelesai­kan segala tugasan termasuk MeleTop Raya, Ceria Megastar Raya dan Mega Lawak Raya. -Rudy Imran Shamsudin

Kebanyakan

karya dihasilkan

berbeza dengan terbitan

produksi lain

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia