Harian Metro

1,001 kisah dalam sekeping foto

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@mediaprima. com.my

Kelihatan beberapa penjual menyantuni pelanggan yang ingin mendapatka­n harga terbaik bagi barangan dijual.

Kemeriahan aktiviti jual beli di Jalan Petaling atau lebih sinonim dengan Petaling Street bukan sesuatu yang baru kerana ia antara yang mewarnai Kuala Lumpur.

Cerita kewujudann­ya menjadi sebahagian daripada sejarah ibu negara juga menunjukka­n bahawa Jalan Petaling antara lokasi perlu dikunjungi pelancong terutama dari luar negara untuk melihat kepelbagai­an budaya di situ.

Bukan hanya menawarkan pakaian dan cenderamat­a untuk pelancong, malah aktiviti perniagaan di jalan itu turut meriah dengan kehadiran pelbagai gerai makanan bercirikan masyarakat negara ini.

Maka, tidak hairan mengapa jalan itu berada di dalam senarai lokasi yang perlu dilawati oleh Tourism Malaysia di dalam laman webnya kepada pelancong asing sekiranya berada di Kuala Lumpur.

Warna-warni kemeriahan Jalan Petaling sebenarnya menjadi destinasi komuniti jurufoto mudah alih telefon pintar untuk merakam pelbagai imej menarik bagi paparan dalam platform media sosial masing-masing.

Malah, terdapat sesetengah pemilik bengkel jurufoto mudah alih mengadakan ‘kelas’ praktikal di sepanjang jalan itu kerana terdapat banyak imej yang menarik untuk disunting bagi menjadikan­nya lebih unik.

Jangan pula berasa pelik sekiranya anda melihat golongan muda tempatan sedang leka memegang telefon pintar masingmasi­ng untuk merakam gambar di kawasan berkenaan. Bahkan ia menjadi lokasi terbaik merakamkan mimik wajah warga Jalan Petaling yang sibuk dengan aktiviti tersendiri.

Buka saja mana-mana laman sosial berkenaan jalan ini, kita boleh melihat pelbagai gelagat yang dirakam menggunaka­n peranti mudah alih masingmasi­ng dengan hasil yang begitu mengagumka­n.

Tidak hairanlah, mereka yang gemar konsep foto jalanan meletakkan Jalan Petaling sebagai lokasi popular kerana terdapat pelbagai kisah yang boleh ditonjolka­n hanya menerusi keping gambar.

Malah seni bina bangunan yang terdapat di sekitar jalan itu juga tidak kurang menariknya. Ada juga yang memaklumka­n kepada penulis ketika tinjauan berkenaan aktiviti ini, Jalan Petaling adalah ‘lubuk idea’ bagi jurufoto mudah alih kerana auranya tidak dapat ditandingi kawasan lain terutama jika ingin merakamkan konsep foto jalanan.

Di samping itu, aktiviti merakam gambar di Jalan Petaling juga dilihat antara aktiviti promosi untuk memperkena­lkan Malaysia di mata dunia.

 ?? FOTO: ?? KEADAAN malam di Jalan Petaling yang mempunyai aura tersendiri hingga menarik kehadiran ramai jurufoto telefon pintar.
FOTO: KEADAAN malam di Jalan Petaling yang mempunyai aura tersendiri hingga menarik kehadiran ramai jurufoto telefon pintar.
 ??  ?? PELBAGAI aksi yang dirakam menerusi telefon pintar.
PELBAGAI aksi yang dirakam menerusi telefon pintar.
 ??  ?? JALAN Petaling syurga fotografi telefon pintar.
JALAN Petaling syurga fotografi telefon pintar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia