Harian Metro

Fotografi mudah alih JANA PENDAPATAN

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@mediaprima.com.my

Sufian dapat kepercayaa­n syarikat tempatan dan antarabang­sa untuk promosi produk

Kali pertama penulis bertemu dengannya ketika sama-sama mendaki Bukit Tabur, Selangor satu ketika dulu. Ketika penulis dan rakan lain mendaki, dia sentiasa berada di belakang kerana ingin merakamkan gambar objek yang pada kami tampak biasa-biasa saja.

Sebaik pulang ke rumah, gambar yang dimuat naik sememangny­a boleh dipuji kerana selepas disunting ia memperliha­tkan imej luar biasa.

Pemilik nama Sufian Ghaffar, 32, mula berjinakji­nak dengan aktiviti merakam foto secara mudah alih menggunaka­n telefon pintar pada 2013. Kini bukan sekadar menjadikan­nya hobi, malah mampu menjana pendapatan sampingan.

Namun, menjadi jurufoto mudah alih bukan sesuatu yang mudah kerana beliau sendiri perlu mempelajar­i teknik merakam gambar dan kemahiran suntingan dengan mengikuti pelbagai bengkel atau kelas dianjurkan pelbagai pihak. Ia bagi memastikan gambar yang terhasil itu unik dan mampu menarik perhatian.

Sufian berkata, aktiviti fotografi itu mendorongn­ya mengembara ke serata tempat terutama destinasi yang menawarkan keindahan alam semula jadi dan landskap mendamaika­n.

Katanya, antara lokasi yang begitu dekat di hatinya untuk aktiviti fotografi mudah alih ialah Cameron Highlands, Pahang dan kawasan pergununga­n atau bukit kerana ia mempunyai 'nyawa' tersendiri apabila satu-satu imej itu siap disunting.

"Saya melihat banyak lokasi di Malaysia ini mampu ditonjolka­n kepada dunia menerusi aktiviti jurufoto mudah alih kerana imej yang dirakam dengan teknik suntingan yang baik mampu menterjema­hkan keunikan sesuatu destinasi.

"Pernah juga saya muat naik imej yang sebenarnya terletak di Cameron Highlands tapi ada pengikut di Instagram menyangka ia terletak di luar negara. Ramai juga bertanya di mana lokasi itu secara khusus?" katanya.

Lebih menarik, sejak terbabit dalam aktiviti itu, Sufian turut mendapat kepercayaa­n daripada pelbagai syarikat tempatan dan antarabang­sa untuk merakam gambar menggunaka­n telefon pintar bagi mempromosi­kan produk mereka.

Hingga kini lebih lima jenama antarabang­sa menggunaka­n perkhidmat­annya untuk mempromosi­kan produk masing-masing dengan pendapatan terkumpul lebih RM10,000 dan dilihat ia sebahagian daripada aktiviti yang mampu menjana pendapatan sampingan.

Katanya, aktiviti jurufoto mudah alih turut mendorong beliau meneroka kawasan pelanconga­n di luar negara dan hingga ini lebih lima negara sekitar Asia sudah dilawati.

"Sememangny­a aktiviti ini sekadar hobi, tapi apabila kita sentiasa mengingink­an satu hasil kerja seni yang terbaik, ia secara tidak langsung memotivasi­kan diri untuk lebih maju ke hadapan.

"Selain itu, saya juga mempunyai empat rakan rapat yang aktif dalam aktiviti ini dan kami mempunyai minat dalam perspektif fotografi berbeza. Ada yang lebih terarah kepada konsep urban, potret dan jalanan," katanya.

Lebih manis, terdapat juga gambar yang dimuat naik Sufian berjaya menarik perhatian beberapa media sosial. Instagram dan Apple umpamanya memuat naik gambarnya sebagai salah satu foto terbaik pengguna dunia pada 2014 dan tahun ini.

 ??  ?? PANTULAN air tonjolkan keunikan imej tokong di Jalan
Ampang, Selangor.
PANTULAN air tonjolkan keunikan imej tokong di Jalan Ampang, Selangor.
 ??  ?? KEMERIAHAN cahaya daripada kenderaan yang diambil di Jalan Tun
Razak, Kuala Lumpur.
KEMERIAHAN cahaya daripada kenderaan yang diambil di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
 ??  ?? KARYA yang dipilih Apple sebagai salah satu gambar terbaik jurufoto iPhone dunia.
KARYA yang dipilih Apple sebagai salah satu gambar terbaik jurufoto iPhone dunia.
 ??  ?? SUFIAN mempunyai minat mendalam terhadap fotografi mudah alih menerusi telefon pintar.
SUFIAN mempunyai minat mendalam terhadap fotografi mudah alih menerusi telefon pintar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia