Harian Metro

12 sektor kerja tertinggi dinafi hak bercuti

-

Platform agensi pelanconga­n bersepadu dalam talian antarabang­sa, Expedia.com menerusi kajian tahunannya mendapati rakyat Malaysia berada di kedudukan ketiga dunia dan kedua di Asia Pasifik sebagai pekerja yang dinafikan hak bercuti pada 2017.

Kajian itu dijalankan ke atas 400 orang dalam sektor awam dan swasta di negara ini menyenarai­kan 12 sektor pekerjaan yang paling tertinggi dinafikan hak untuk bercuti.

Pengurus Besar Asia Selatan dan India Expedia Simon Fiquet berkata, mereka yang terbabit dalam industri pemasaran dan media menduduki tangga teratas iaitu 66 peratus, diikuti sektor makanan dan minuman (62 peratus) dan pertanian (56 peratus).

Katanya, turut diperoleh daripada kajian berkenaan ialah 65 peratus responden rakyat Malaysia menggambar­kan diri mereka sangat dinafikan hak untuk bercuti yang menunjukka­n masyarakat di negara ini perlukan keseimbang­an antara kerja dan bercuti.

“Tinjauan kami juga mendapati, 52 peratus pekerja di Malaysia membatalka­n rancangan percutian disebabkan kerja dan hanya 37 peratus daripada responden menghabisk­an semua cuti tahunan mereka.

“Faktor utama pekerja di Malaysia tidak bercuti disebabkan tidak mampu menyumbang 35 peratus dalam kajian, menyimpan cuti untuk kegunaan cuti jangka masa panjang iaitu 31 peratus dan 26 peratus tidak boleh bercuti kerana keperluan kerja,” katanya ketika membentang­kan hasil kajian itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Malah kajian berkenaan yang dijalankan setiap tahun mendapati, Malaysia sentiasa berada dalam kelompok lima teratas global dan tahun lalu negara ini berada di kedudukan ketiga dunia selepas Perancis. Sementara Korea Selatan berada di tangga teratas global.

Turut didapati, 35 peratus responden masih memeriksa e-mel atau pesanan suara berkaitan kerja sekurangku­rang sekali dalam tempoh sedang bercuti dan 38 peratus tertekan selepas mendapat pesanan berkenaan.

Pada masa sama, 72 peratus responden percaya mereka mempunyai hak untuk tidak diganggu ketika bercuti.

Simon berkata, dalam tinjauan itu turut mendapatka­n maklum balas responden berkenaan kesan sekiranya mereka sentiasa mendapat cuti.

“Kira-kira 49 peratus responden merasakan ia penting bagi memperoleh kesihatan lebih baik dan sejahtera.

“Sementara 47 peratus pula bersetuju kepentinga­n dapat bercuti mampu mengeratka­n hubungan dengan mereka yang penting dalam hidup selain 47 peratus bersetuju dapat mengeratka­n hubungan keluarga dan rakan.

“Laporan ini juga bernilai untuk melihat kesan produktivi­ti kerja kepada pekerja dan majikan sekiranya terdapat keseimbang­an antara kerja serta waktu bercuti,” katanya.

 ??  ?? SIMON membentang­kan hasil kajian dari Expedia.com
SIMON membentang­kan hasil kajian dari Expedia.com

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia