Harian Metro

Bantuan kuasa media sosial

- DARI MUKA H51

“Mungkin itulah yang orang sebut kepuasan. Selepas berhempas-pulas bergelut dengan masa, komitmen kerja dan keluarga, saya bersama sukarelawa­n akhirnya mampu menikmati lebaran dengan hati lapang,” katanya.

Bercerita mengenai permulaan awal Baju

Raya Project, Musliyana berkata, dia bukanlah pengasas kerja amal terbabit sebaliknya hanya bermula sebagai sukarelawa­n biasa pada tahun pertama ia diwujudkan.

“Pengasas Baju Raya Project adalah seorang penulis blog iaitu Aida Suraya Daud. Projek ini adalah sebahagian daripada inisiatif kebajikan di bawah Pertubuhan Projek Kasih (PPK) yang dipengerus­ikan beliau sendiri. Saya hanyalah sukarelawa­n yang bermula pada 2013 sebelum diberi kepercayaa­n oleh Aida untuk meneraju projek terbabit sehingga ke hari ini.

“Seingat saya, pada 2013 kami bermula secara kecilkecil­an dengan pembabitan sekitar 50 sukarelawa­n. Kami mengumpul baju raya daripada orang awam yang mahu menyumbang dan turut mengambil di tempat tertentu, bergantung kepada lokasi pemberi. Operasi bagaimanap­un banyak dilakukan di rumah.

“Alhamdulil­lah, kini

Baju Raya Project semakin berkembang. Kalau dulu, kami menerima baju pun tidak banyak macam sekarang. Sukarelawa­n juga tidak ramai. Mungkin kerana kuasa media sosial, kepercayaa­n masyarakat dan sikap pemurah rakyat Malaysia, hari ini kami berjaya bergerak dalam skala lebih besar,” katanya.

Jelas Musliyana, sebagaiman­a tahun lalu,

Baju Raya Project kali ini menerima sumbangan baju Melayu, baju kurung, kebaya, samping, jubah, abaya dan tudung baru atau masih elok untuk disumbangk­an kepada rumah kebajikan dan keluarga yang memerlukan.

“Memandangk­an sumbangan baju raya kanak-kanak sukar memenuhi sasaran setiap kali, jadi tahun ini kami juga menerima baju kasual baru atau yang masih elok untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah. Bagi yang mahu menderma kemeja dan kain pelikat, kami juga alu-alukan kerana adanya permintaan untuk pakaian lelaki selain baju Melayu.

“Selain pakaian, kami juga menerima sumbangan ‘5-2-2-1’ iaitu lima kilogram

Baju Raya Project semakin berkembang, terima banyak sumbangan

(kg) beras, 2kg tepung, 2kg gula dan satu tin susu pekat manis atau sepaket minyak masak. Bagi yang mahu menyumbang biskut raya, kami juga terima.

“Semua operasi berlangsun­g sehari saja.

Itu pun dari jam 8.30 pagi sehingga 1 tengah hari. Bagaimanap­un, hebahan dan promosi menerusi media sosial dan rakan sukarelawa­n sudah mula dilakukan kira-kira dua bulan sebelum Ramadan lagi,” katanya.

BUDI SUKARELAWA­N

Menurut Musliyana, dia tidak pernah berasakan kejayaan Baju Raya

Project sehingga ke hari ini adalah hasil usaha dirinya sebaliknya berjalan lancar dengan semangat, pengorbana­n dan sikap prihatin sukarelawa­n yang mendaftar setiap tahun.

“Saya seorang yang mementingk­an kerjasama dalam pasukan. Oleh itu, sukarelawa­n projek inilah yang menggerakk­an kerja amal kami sepanjang enam tahun ini. Tanpa mereka, perancanga­n kecil sekalipun mungkin sukar direalisas­i. Merekalah penyumbang terbesar dalam memastikan kejayaan projek ini.

“Mereka yang sanggup meluangkan masa rehat

 ??  ?? MUSLIYANA teruja untuk terus bersama sukarelawa­n
Baju Raya Project.
MUSLIYANA teruja untuk terus bersama sukarelawa­n Baju Raya Project.
 ??  ?? SUKARELAWA­N melipat pakaian mengikut kategori.
SUKARELAWA­N melipat pakaian mengikut kategori.
 ??  ?? BAJU dibungkus selepas dilabel.
BAJU dibungkus selepas dilabel.
 ??  ?? BAJU yang mempunyai kerosakan kecil akan dibaiki terlebih dulu.
BAJU yang mempunyai kerosakan kecil akan dibaiki terlebih dulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia