Harian Metro

Kongsi nikmat berbuka

-

Tiada yang lebih menggembir­akan apabila dapat berbuka puasa dengan juadah enak sambil dikeliling­i rakan dan keluarga tersayang. Bagi golongan kurang berkemampu­an pastinya Ramadan disambut dalam keadaan serba kekurangan. Apa yang ada itulah yang dimakan bagi melengkapk­an kewajipan berbuka puasa walaupun hanya segelas air kosong bersama sepinggan nasi putih berlaukkan kuah kari.

Apabila ada yang ingin menaja makanan, ia semestinya sesuatu yang perlu disyukuri kerana sekurang-kurangnya kanak-kanak mampu merasai nasi bersama lauk-pauk enak yang dianggap sebagai hidangan premium bagi mereka.

Ingin memberikan kegembiraa­n kepada golongan kurang berkemampu­an Pengasas Kindness Malaysia Muhammad Kamarulazi­zi sekali lagi melancarka­n projek amal TajaMereka sepanjang Ramadan ini. Program ini memberi peluang kepada orang ramai menaja juadah berbuka puasa sekali gus meraikan kegembiraa­n mereka.

Projek TajaMereka memberi manfaat kepada lebih ramai penerima dari pelbagai latar belakang. Tahun ini kita masih menggunaka­n konsep yang sama apabila orang ramai dapat menaja golongan kurang berkemampu­an pada masa sama berpeluang berbuka puasa bersama mereka sekali,” katanya.

Jelas Muhammad, bantuan diperlukan berbentuk kewangan bagi menyediaka­n juadah berbuka puasa kepada rumah kebajikan terpilih. Untuk seorang individu tajaan diperlukan sebanyak RM40 merangkumi makanan berbuka, duit raya dan sumbangan lain yang dirasakan perlu. Bagi yang ingin turut serta berbuka puasa bersamasam­a tambahan RM20 akan dikenakan.

“Pada 2017, kita meraikan lebih 3,000 penerima dan pada tahun ini Kindness menjangkak­an menerima lebih banyak sumbangan bagi memberikan kegembiraa­n kepada lebih ramai penerima. Seperti hadis dalam riwayat Bukhari dan Muslim yang mengatakan bagi orang berpuasa akan mendapat dua kegembiraa­n iaitu kegembiraa­n ketika berbuka puasa dan kegembiraa­n ketika menemui Tuhannya,” katanya.

Program pertama TajaMereka bermula pada 19 Mei bertempat di Ma’ahad Tahfiz Nur Al Quran, Rantau Panjang, Klang dengan penerima 35 pelajar tahfiz, pada 25 Mei pula akan diadakan di Rumah Nur Kasih, Kampung Mawat, Langkawi dengan 50 anak yatim dan asnaf akan diraikan. Seterusnya pada 27 Mei untuk berbuka dan bersahur di Maahad Tahfiz Al Ahmad Darul Quran, Pulau Pinang bersama 15 pelajar tahfiz.

Mereka yang berminat menaja makanan boleh memberikan sumbangan menerusi nombor akaun CIMB 8008210971 (Kindness Malaysia), Maybank 5140576648­92 (Kindness Dot My).

 ??  ?? BERBUKA puasa bersama-sama kanak-kanak pelarian Rohingya.
BERBUKA puasa bersama-sama kanak-kanak pelarian Rohingya.
 ??  ?? BERSAMA komuniti cacat penglihata­n.
BERSAMA komuniti cacat penglihata­n.
 ??  ?? ANAK golongan kurang berkemampu­an menerima duit raya.
ANAK golongan kurang berkemampu­an menerima duit raya.
 ??  ?? MENERIMA duit raya daripada Muhammad.
MENERIMA duit raya daripada Muhammad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia