Harian Metro

Aktiviti tanda terima kasih

-

Cuaca mendung diiringi hujan renyai pada petang Sabtu lalu tidak menghalang lebih 5,000 pengunjung memenuhi pekarangan tempat letak kereta pusat beli-belah Amanjaya Mall, Sungai Petani, Kedah sempena acara Bazar Terima Kasih anjuran Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad.

Duta TV3 dan TV9 untuk program berkenaan, pasangan pelakon Amyra Rosli, 26, dan Amar Baharin, 32, teruja dapat turun padang dan bertemu peminat mereka di sana.

“Sudah lama tidak buat aktiviti ‘meet and greet’ seperti ini, macam saya sendiri pun, kali terakhir pada 2014,” kata Amar, 32.

Amyra berkata, walaupun aktiviti bertemu peminat perkara biasa tetapi mereka melakukan secara berasingan mengikut drama masing-masing.

“Bezanya kali ini dapat bawa anak sekali. Jadi, kami agak teruja dengan sambutan peminat. Malah kami juga sukakannya dan berasakan inilah masanya untuk turun padang.

“Tugas kami mempromosi­kan acara ini dan syukur ia mendapat respons baik. Dulu, acara ini sekadar beri ucapan terima kasih saja tetapi kini melalui sentuhan, turun padang melakukan aktiviti sebagai tanda terima kasih dan berniaga di bazar,” kata mereka.

Lebih manis, hasil jualan di bazar diserahkan sebagai sumbangan ke dalam tabung Bersamamu.

Amyra turut berkongsi ketika berpeluang melawat rumah anak yatim Pertubuhan Anak Yatim Daerah Kuala Muda bersama rakan artis lain pada hari sama.

Katanya, walaupun tersentuh dengan perkongsia­n mereka, dia tetap menahan air matanya.

“Mereka ada berkongsi banyak perkara mengenai kehidupan sebagai anak yatim dan ia menyentuh hati saya kerana dapat menyelami kehidupan masing-masing.

“Selain berkongsi kisah, kami turut membantu sedikit sebanyak dengan membantu aktiviti gotongroyo­ng di sana,” katanya.

Seorang lagi duta kempen Bazar Terima Kasih, Izzue Islam berkata, dia kagum dengan anak yatim terbabit ketika melawat ke rumah anak yatim itu untuk aktiviti gotong-royong.

“Asrama mereka sangat bersih dan kemas.

Tak banyak aktiviti ‘pembersiha­n’ yang dilakukan. Bagi mengisi masa, kami hiburkan mereka dengan nyanyian dan sebelum pulang, kami sampaikan sumbangan buat mereka,” katanya.

Bercerita mengenai Bazar Terima Kasih, Izzue melihat ia mencapai sasaran kerana dapat menggalakk­an orang ramai membeli sambil menderma.

Apatah lagi, semua hasil jualan daripada bazar disumbangk­an ke dalam tabung kebajikan yang kemudian diserahkan kepada Pertubuhan Anak Yatim Daerah Kuala Muda.

“Tanggungja­wab sebagai duta agak berat. Jika tidak melunas tanggungja­wab itu dengan baik, saya dikira gagal tetapi syukur semuanya mencapai sasaran,” katanya.

Selain acara bazar, duta selebriti dan artis yang hadir turut memeriahka­n acara Jom Masjid melalui rakaman bual bicara agama Al-Kuliyyah dan Raudhah

 ??  ?? HAMPIR 5,000 pengunjung serbu Bazar Terima
Kasih 2018.
HAMPIR 5,000 pengunjung serbu Bazar Terima Kasih 2018.
 ??  ?? ABAM Bocey turut hadir meriahkan bazar.
ABAM Bocey turut hadir meriahkan bazar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia