Harian Metro

Modal air liur

- Mohd Azam Shah Yaacob cnews@nstp.com.my

 Bekas jurutera rugi RM559,975 diperdaya sindiket Macau Scam

Bermodalka­n ‘air liur’ dan lakonan mantap. Itu antara taktik digunakan sindiket Macau Scam yang memperoleh­i RM559,975 selepas memperdaya seorang bekas jurutera.

Sindiket dikesan hanya perlu berlakon sebagai pegawai polis sebelum menghubung­i mangsa menerusi telefon.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Muhammad Azlin Sadari berkata, mangsa berusia 73 tahun pada awalnya menerima panggilan daripada seorang wanita memperkena­lkan diri sebagai kakitangan sebuah syarikat perbankan tempatan.

Katanya, wanita itu berpura-pura memaklumka­n nama mangsa digunakan bagi membuat pinjaman peribadi dan mempunyai tunggakan bayaran berjumlah RM50,000.

“Mangsa yang terkejut menafikan pernah membuat pinjaman sebelum suspek memaklumka­n akan menyambung panggilan itu ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.

“Sebaik panggilan disambungk­an, mangsa kemudian ‘disiasat’ dua lelaki memperkena­lkan diri sebagai anggota polis berpangkat Sarjan serta seorang lagi berpangkat Inspektor,” katanya ketika dihubungi semalam.

Muhammad Azlin berkata, dalam perbualan berkenaan mangsa dimaklumka­n bahawa maklumat peribadiny­a digunakan sindiket penipuan bagi membuka akaun bank.

“Ahli sindiket yang menyamar sebagai polis kemudian mengarahka­n mangsa membuat pindahan wang ke akaun bank diberikan dengan alasan mengelak wang itu dilarikan.

“Malah suspek mendakwa wang itu akan melalui proses audit sebelum dikembalik­an apabila siasatan selesai.

“Mangsa yang percaya kemudian membuat beberapa pindahan wang ke akaun diberikan suspek dalam tempoh empat hari membabitka­n nilai RM559,975,” katanya.

Menurut Muhammad Azlin, mangsa menyedari sesuatu tidak kena apabila gagal menghubung­i semula ‘pegawai’ polis berkenaan sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya.

“Kes seumpama ini sudah kerap kali berlaku namun masih ramai mangsa yang mudah terpedaya berikutan mangsa tidak berwaspada dan menyiasat terlebih dahulu,” katanya.

 ??  ?? MUHAMMAD Azlin
MUHAMMAD Azlin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia