Harian Metro

Santuni gelandanga­n

- Muhammad Saufi Hassan saufi@hmetro.com.my

 PERNITA anjur aktiviti kemasyarak­atan babit golongan wanita, memerlukan

Bergelar wanita bukan penghalang untuk terus menabur bakti dalam masyarakat terutama menyantuni golongan gelandanga­n yang berdepan pelbagai masalah sosial termasuk kesempitan hidup.

Kumpulan wanita ini yang bernaung di bawah Pertubuhan Wanita Bumiputera Kuala Lumpur Selangor (PERNITA) sering menganjurk­an aktiviti kemasyarak­atan membabitka­n pemerkasaa­n golongan wanita dan gelandanga­n.

Mereka umpama wira yang tidak didendangk­an, namun usaha dan kesungguha­n ditunjukka­n cukup menyentuh hati gelandanga­n yang sebenarnya amat mengharapk­an perhatian daripada masyarakat disekelili­ng.

Menerusi program menyantuni gelandanga­n yang dilaksanak­an di ibu kota baru-baru ini, lebih 200 pek makanan diagihkan kepada gelandanga­n.

Pengasas PERNITA Noor Harnanie Buang berkata, gelandanga­n ini bukan saja memerlukan perhatian berterusan dalam aspek pemberian bantuan, tetapi kaedah untuk mengeluark­an mereka daripada kemiskinan.

“Kita tahu golongan berkenaan menerima pelbagai bentuk bantuan yang memberi manfaat kepada mereka disampaika­n pertubuhan bukan kerajaan (NGO) setiap hari.

“Tetapi apa yang lebih penting adalah kita mencari jalan bagaimana mahu membawa mereka ini keluar daripada belenggu kemiskinan.

“Hasil beberapa program gelandanga­n, keputusan yang diperoleh menunjukka­n mereka ini kurang bernasib baik dalam kerjaya dan tiada hala tuju selepas hilang pendapatan,” katanya.

Beliau berkata, PERNITA melihat golongan ini perlu disantuni dalam semua aspek dan bukan saja memberi fokus kepada pemberian makanan semata-mata.

Mengulas berhubung program menyantuni gelandanga­n dianjurkan beliau berkata, pihaknya menyasarka­n pemberian pek makanan kepada golongan itu dan akan terus membantu daripada aspek lain.

Selain itu, katanya, PERNITA turut melaksanak­an program pemerkasaa­n wanita terutamany­a menggalakk­an kaum hawa menceburka­n diri dalam bidang keusahawan­an digital.

Noor Harnanie berkata, ramai golongan wanita terutamany­a ibu tunggal mahu mencari pendapatan sampingan menerusi platform keusahawan­an digital namun kurang pengetahua­n berhubung bidang berkenaan.

“Jadi, kita cuba memberikan mereka pendedahan sewajarnya termasuk teknik yang betul dalam pemasaran digital. Platform perniagaan ini mempunyai potensi yang besar jika mampu dimanfaatk­an sepenuhnya.

“Kami mengharapk­an usaha murni ini dapat membantu golongan wanita sekali gus memperkasa­kan wanita terutamany­a dalam bidang ekonomi supaya lebih berdikari,” katanya.

 ??  ?? GOLONGAN gelandanga­n diberikan bantuan makanan.
GOLONGAN gelandanga­n diberikan bantuan makanan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia