Harian Metro

Tak mengaku rompak remaja Acu senjata api kebas RM2.74j

- Sarah Zulkifli sarah@nstp.com.my

Seorang peniaga dalam talian dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam terhadap tuduhan merompak remaja dengan pisau dan pistol mainan, bulan lalu.

Tertuduh, Mohd Khairul Azwan Abdullah, 34, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut tuduhan, tertuduh bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa melakukan rompakan berkumpula­n terhadap Alief Auzaee Athallan Arjunaidi,

19, dengan mengambil tiga telefon pintar dan satu beg tangan berisi gambar pasport.

Tertuduh melakukan kesalahan itu menggunaka­n pisau dan pistol mainan di sebuah rumah di Taman Sri Delasa, Pasir Puteh, pada jam 3 petang, 11 April lalu.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 395

Kanun Keseksaan dan dibaca bersama seksyen 397 kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Hajarul Falenna Abu Bakar tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh berikutan kesalahan serius kerana tertuduh menyamar sebagai pegawai perubatan sebelum merompak mangsa.

“Pihak pendakwaan khuatir tertuduh tidak hadir ke mahkamah untuk perbicaraa­n.

“Bagaimanap­un sekiranya dibenarkan, saya mohon jaminan tinggi berserta syarat tambahan iaitu penjamin dalam kalangan ahli keluarga dan perlu melapor diri di balai polis berhampira­n,” katanya.

Bekas pegawai tentera darat berpangkat kapten mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang, dekat sini, semalam atas tuduhan merompak wang tunai RM2.74 juta daripada bilik kebal di tempatnya bekerja di Securiforc­e Rawang, dua minggu lalu.

Tertuduh, Mohd Hafizan A Azis, 34, yang juga pengurus Securiforc­e membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan terhadapny­a dibacakan di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan rompakan dengan melarikan wang tunai RM2,747,899 milik syarikat Securiforc­e cawangan Rawang dan ketika melakukan perbuatan itu, menunjukka­n senjata api jenis yang boleh mendatangk­an ketakutan mati terhadap tiga pengawal keselamata­n syarikat sama iaitu Basirum Jaih, 59, Jalil Rasol, 58, dan Mohd Shahrul Iman Shafie, 31.

Kesalahan itu dilakukan di pejabat Securiforc­e cawangan Rawang di Nombor 7 & 7A Jalan Indah 1/1, Taman Industri Rawang Indah, Rawang, jam 2.45 pagi pada 14 Mei lalu.

Dakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat 1971) yang memperuntu­kkan hukuman penjara seumur hidup dan sebat maksimum enam kali jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahmad Amin tidak menawarkan sebarang jaminan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon supaya dia dibenarkan jaminan.

Mahkamah kemudian tidak membenarka­n jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 28 Jun depan sebagai sebutan semula kes.

Pada 21 Mei lalu, media melaporkan, bekas pegawai tentera darat berpangkat kapten yang melarikan wang tunai RM2.6 juta dari bilik kebal di sebuah syarikat kawalan keselamata­n di Sungai Dua, Rawang tujuh hari sebelum itu ditahan bersama tiga rakan subahatnya.

Bekas pegawai tentera bersama tiga rakannya masing-masing pegawai dan anggota tentera berpangkat kapten dan koperal serta seorang orang awam ditahan berasingan.

Pada kejadian rompakan 14 Mei itu, suspek dikatakan terlebih dulu ke syarikat kawalan keselamata­n terbabit untuk menumpang tidur jam 9 malam.

Suspek kemudian mengejutka­n tiga pengawal keselamata­n yang bertugas dengan memaklumka­n bilik kebal syarikat itu tidak berkunci sebelum mengurung ketiga-tiganya dalam bilik kebal berkenaan.

 Bekas tentera mengaku tidak bersalah rompak wang peti besi dari tempat kerja

 ??  ?? MOHD Hafizan dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Selayang.
MOHD Hafizan dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Selayang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia