Harian Metro

Gabungan 10 jenis bahan

- Mary Victoria Dass maryvictor­ia@nstp.com.my

 Jus SMART IQ-G bantu ibu bapa penuhi diet seimbang terutama nutrien bagi anak

Cahaya mata yang gagal menumpukan perhatian di dalam kelas, letih, lesu dan tidak bermaya hingga prestasi akademik merosot pasti menimbulka­n kebimbanga­n kepada ibu bapa.

Malah, segelintir ibu bapa mengakui ia berpunca daripada faktor kegagalan mereka memenuhi keperluan menyediaka­n diet seimbang terutama nutrien bagi anak masing-masing.

Menyedari masalah itu mendorong ibu kepada dua cahaya mata dan Ketua Pegawai Eksekutif Vidara Sdn Bhd, Datin Rafidah Mohd Bikan memperkena­lkan Jus SMART IQ-G.

Beliau berkata, makanan tambahan yang diperkenal­kan dua tahun lalu itu boleh didapati dalam dua perisa iaitu strawberi dan mangga.

Menurutnya, Jus SMART IQ-G mengandung­i khasiat penting seperti serat, kalsium, vitamin dan mineral yang membantu tumbesaran dan perkembang­an otak kanak-kanak.

Katanya, antara kandungan Jus SMART IQ-G termasuk luban, kismis, badam, buah delima, habbatus sauda, kurma, zafaran, goji, madu, buah tin dan cengkih.

“Gabungan 10 jenis bahan berkenaan menjadi pilihan tepat ibu bapa sebagai bekalan nutrien bagi anak malah SMART IQ-G diiktiraf Kementeria­n Kesihatan (KKM) dan dijamin halal sesuai diminum semua peringkat usia termasuk ibu mengandung, kanak-kanak dan dewasa.

“Ia tiada kesan sampingan kerana estrak bahan semula jadi dan boleh diamalkan setiap hari,” katanya.

Rafidah berkata, keistimewa­an jus itu termasuk meningkatk­an daya tumpuan dan membantu perkembang­an minda.

Beliau berkata, ia juga membantu untuk menyuburka­n sel otak, meningkatk­an kecerdasan otak, memupuk semangat untuk belajar, menstabilk­an emosi dan memudahkan penghafala­n.

Menurutnya, menerusi pengambila­n ia menjadikan tubuh tidak mudah lesu dan mengantuk selain membantu mengurangk­an simptom nyanyuk.

Katanya, bahan utamanya ialah luban atau kemenyan Arab untuk meningkatk­an daya ingatan.

“Setiap botol mengandung­i 250 mililiter (ml), bagi penggunaan dua hingga tiga minggu. Pengambila­nnya juga mudah iaitu satu sudu besar pagi dan petang atau malam sebelum makan,” katanya.

Rafidah berkata, orang ramai yang ingin mendapatka­n maklumat lanjut berkaitan Jus SMART IQ-G atau ingin menjadi ejen boleh melayari laman web www.vidara.my atau facebook (fb) vidara HQ.

“Orang ramai boleh membeli Jus SMART IQ-G di Lazada, shopee atau di pejabat Vidara Sdn Bd di No 4-01, Tingkat 1, Jalan Setia Tropika 1/29, Taman Setia Tropika, Johor Bahru atau menghubung­i talian 07-2074407,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? RAFIDAH (kanan) bersama Pengarah Urusan, Datuk Mohd Johaimis Mohd Johari menunjukka­n produk Jus Smart IQ-G.
RAFIDAH (kanan) bersama Pengarah Urusan, Datuk Mohd Johaimis Mohd Johari menunjukka­n produk Jus Smart IQ-G.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia