Harian Metro

SAJIAN DESA BUKA SELERA

- Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

Kitchen Art Brasserie di Empire Hotel hidang makanan inspirasi masakan Melayu klasik

Diinspiras­ikan daripada masakan klasik Melayu seluruh negeri di Malaysia, Kitchen Art Brasserie di Empire Hotel menawarkan masakan Melayu tradisiona­l untuk berbuka puasa.

Menerusi promosi Pembuka Sajian Desa, antara menu Melayu klasik yang dihidangka­n secara silih berganti untuk memberikan kelainan sepanjang promosi itu adalah nangka masak lemak, ayam percik Kelantan, nasi dagang, nasi kerabu, bubur lambok, siput sedut masak lemak bersama pisang muda dan banyak lagi termasukla­h kegemaran ramai seperti beriani kambing, nasi beriani gam, murtabak dan sate.

Kitchen Art Brasserie turut menyediaka­n sajian terbaru iaitu ayam jintan beraroma dan itik salai cili api buat pelanggann­ya.

Hidangan terkenal saban tahun di Kitchen Art Brasserie iaitu sup gear box yang dihasilkan daripada tulang lembu dimasak dalam sup bersama rempah dengan teknik masakan perlahan tidak dilupakan.

Kambing bakar ‘Baliness’ dan ayam penyet juga turut disajikan dalam hidangan bufet sepanjang tempoh promosi bermula dari 17 Mei hingga 14 Jun ini.

Bagi peminat manisan, kuih lompang, seri muka, wajid, lepat ubi, pulut Inti kelapa yang disertakan di dalam hidangan pencuci mulut pastinya tidak mengecewak­an.

Bufet makan malam Pembuka Sajian Desa ini ditawarkan pada harga

RM76 (nett) dewasa dan RM65 untuk kanak-kanak serta warga emas untuk pembelian pada 24 Mei hingga 9 Jun depan.

Untuk lima hari terakhir iaitu pada 10 hingga 14 Jun pula harga bufet bagi dewasa, kanak-kanak serta warga emas hanyalah RM65 (nett).

Bufet makan malam Pembuka Sajian Desa ini turut menyertaka­n hidangan sahur percuma kepada pelanggan untuk dibawa pulang bagi setiap pembelian.

Untuk tempahan, hubungi Kitchen Art Brasserie, Empire Hotel Subang di talian 035565 1228 atau e-mel kabmgr@empirehote­l.com.my.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? BUFET Sajian Desa bermula pada harga RM76.
BUFET Sajian Desa bermula pada harga RM76.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia