Harian Metro

Agihan tanah lot tak adil

-

Putrajaya: Pertubuhan Gerak Generasi FELDA 2 (GGF2), Bukit Cherakah Selangor membuat laporan kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap beberapa individu kerana disyaki berlaku tidak adil dalam agihan lot tanah kepada peneroka.

Pengerusin­ya, Faisal Rahman berkata, pihaknya juga mengesan individu sama terbabit dalam pembinaan satu projek kondominiu­m di atas beberapa tanah di Bukit Cherakah yang sepatutnya diberikan kepada peneroka FELDA pada Februari lalu.

Beliau berkata, berdasarka­n bancian kerajaan Selangor sebelum ini, 229 lot tanah dikenal pasti untuk tujuan pembanguna­n kampung moden peneroka FELDA.

“Bagaimanap­un, pihak berkenaan didakwa menyimpan beberapa lot tanah untuk pembinaan kondominiu­m selain cuba menipu 176 peneroka FELDA dengan mengatakan tanah tidak cukup,” katanya ketika ditemui di ibu pejabat SPRM, di sini, semalam.

Katanya, pihak berkenaan juga enggan memberikan sebarang dokumen dan pelan tanah kepada GGF2 Bukit Cherakah selepas diminta berbuat demikian.

Faisal berkata, pihaknya hairan bagaimana tanah tidak cukup sedangkan bancian menunjukka­n terdapat lebihan tanah untuk pembanguna­n kampung moden FELDA.

“Sehubungan itu, kami gesa SPRM menjalanka­n siasatan terhadap pihak berkenaan yang turut didalangi seorang ketua cawangan parti politik berhubung pembabitan mereka terhadap agihan tanah dan projek pembinaan kondominiu­m tersebut,” katanya.

 ??  ?? FAISAL bersama anak generasi ke-2 FELDA Bukit Cherakah menunjukka­n memorandum yang diserahkan kepada SPRM.
FAISAL bersama anak generasi ke-2 FELDA Bukit Cherakah menunjukka­n memorandum yang diserahkan kepada SPRM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia