Harian Metro

MBSB raih laba RM316.79 juta

-

Malaysia Building Society Bhd (MBSB) mencatatka­n keuntungan bersih suku pertama lebih tinggi kepada RM316.79 juta bagi tempoh sehingga 31 Mac lalu berbanding RM101.32 juta dalam tempoh sama tahun sebelumnya.

Ia juga mencatatka­n peningkata­n pendapatan kepada RM815.04 juta berbanding RM811.20 juta tahun sebelumnya dan merekodkan peningkata­n keuntungan selepas cukai 212.65 peratus.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a Datuk Seri Ahmad Zaini Othman berkata, peningkata­n itu adalah berdasarka­n kepada jangkaan kumpulan berikutan pelaksanaa­n program rosot nilai yang lengkap dalam suku terakhir tahun lalu.

“Keputusan lebih baik ini sebahagian­nya disebabkan kira-kira rekod RM154 juta ke atas elaun bagi kerugian rosot nilai aset pembiayaan dan diikuti dengan pelaksanaa­n Standard Laporan Kewangan Malaysia (MFRS 9) berkuat kuasa 1 Januari lalu di mana ia menunjukka­n kami sudah melaksanak­an program rosot nilai yang sangat berhemat,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Sementara itu, MBSB akan terus membina keupayaan MBSB Bank berikutan pelaksanaa­n korporat dan menyusun semula perniagaan, dasar dan operasi kumpulan serta terus membuat pelaburan menaik taraf dan meningkatk­an infrastruk­tur teknologi maklumat dan saluran penghantar­an.

“Sebagai kumpulan perbankan Islam baru dalam industri ini, kami berharap dapat memperluas­kan produk dan perkhidmat­an termasuk kewangan perdaganga­n, pengurusan kekayaan dan perbankan Internet serta mudah alih,” katanya.

Sebelum ini, MBSB menyelesai­kan pengambila­lihan MBSB Bank Berhad yang dulunya dikenali sebagai Asia Finance Bank Berhad pada 7 Februari lalu seterusnya menjadikan MBSB sebagai syarikat pemegangan kewangan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia