Harian Metro

INDUSTRI POSITIF

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@nstp.com.my

 MAVCOM unjur jumlah penumpang penerbanga­n bakal melebihi 100 juta

Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM) menjangkak­an jumlah penumpang penerbanga­n di Malaysia bakal melebihi 100 juta buat kali pertama pada tahun ini.

Jumlah berkenaan dijangka mencecah 105.6 juta hingga 106.1 juta berbanding seramai 99.1 juta penumpang antarabang­sa dan domestik pada tahun lalu.

Pengerusi Eksekutifn­ya, Tan Sri Abdullah Ahmad berkata, pihaknya optimis prestasi industri akan kekal positif dengan jangkaan pertumbuha­n trafik menjangkau­i 6.5 peratus kepada tujuh peratus pada tahun ini.

“Secara keseluruha­n industri penerbanga­n berada pada kedudukan baik untuk mengekalka­n pertumbuha­n meskipun akan berdepan pelbagai cabaran seperti keuntungan operasi yang semakin mengecil dan kenaikan harga minyak,” katanya.

Menurutnya, harga minyak mentah dijangka meningkat antara 8.5 peratus hingga 10.3 peratus pada tahun ini berbanding tahun lalu berdasarka­n unjuran agensi antarabang­sa termasuk Persatuan Pengangkut­an Udara Antarabang­sa (IATA). “Ini mungkin akan memberi tekanan ke atas keuntungan syarikat penerbanga­n yang sedia sensitif terhadap persekitar­an penerbanga­n tambang murah yang kompetitif,” katanya dalam kenyataan yang dipetik melalui laporan Waypoint di sini, semalam. MAVCOM menerbitka­n Waypoint iaitu laporan industri dwitahunan yang pertama bagi tahun ini di mana ia adalah sebahagian daripada komitmen Suruhanjay­a itu untuk memupuk pemahaman yang lebih menyeluruh mengenai industri penerbanga­n di Malaysia.

Beliau berkata, dua tahun lalu adalah tempoh yang kukuh bagi industri penerbanga­n dan ia boleh dilihat melalui pertumbuha­n trafik penumpang, keuntungan operasi industri dan modal pasaran syarikat penerbanga­n awam tersenarai di Bursa Malaysia terutama apabila dibandingk­an dengan tempoh lampau terdekat.

“Cabaran ini akan terus kekal, namun kami masih optimistik bahawa prestasi industri positif seperti tahun sebelumnya akan berterusan pada tahun ini,” katanya.

Laporan Waypoint menunjukka­n syarikat penerbanga­n Malaysia meningkatk­an kadar pertumbuha­n Perolehan Tempat Duduk Kilometer Tersedia (RASK) melebihi kadar pertumbuha­n Kos Tempat Duduk Kilometer Tersedia (CASK) yang membolehka­n pengecilan jurang negatif antara RASK dan CASK sebanyak 42.5 peratus pada tahun lalu berbanding tahun sebelumnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia