Harian Metro

Maybank terus cemerlang

-

Malayan Banking Berhad (Maybank), kumpulan bank keempat terbesar Asia Tenggara, mencatatka­n peningkata­n keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak 13.7 peratus kepada RM2.56 bilion bagi suku pertama berakhir 31 Mac lalu berbanding RM2.25 bilion tahun sebelumnya.

Prestasi cemerlang itu didorong oleh peningkata­n pendapatan berasaskan fi dan dana yang lebih tinggi serta kerugian rosot nilai yang lebih rendah manakala keuntungan bersih meningkat 9.9 peratus kepada RM1.87 bilion berbanding RM1.70 bilion pada tempoh sama tahun sebelumnya.

Pengerusi Kumpulan Maybank, Datuk Mohaiyani Shamsudin berkata, meskipun dilanda ketidakten­tuan geopolitik global, suku pertama yang menggalakk­an itu membuktika­n strateginy­a berjaya, termasuk disiplin dalam sebut harga serta fokus terhadap perancanga­n perniagaan.

Katanya,walaupun berlaku situasi tidak menentu dalam persekitar­an operasi, kumpulan sentiasa optimis dengan masa depan yang positif di rantau ini, terutamany­a di pasaran.

“Secara khusus, kami menanti dasar-dasar yang dijangka diperkenal­kan oleh kerajaan Malaysia yang baru yang mana kami berharap ia dapat memacu pelaburan sektor swasta dan meningkatk­an keyakinan pengguna,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Kumpulan Maybank turut merekodkan pendapatan operasi bersih berjumlah RM5.83 bilion pada suku terbabit iaitu meningkat 5.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan,

Datuk Abdul Farid Alias berkata, matlamat kumpulan adalah untuk mempercepa­t momentum pertumbuha­n dan meningkatk­an pemacu pendapatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia