Harian Metro

Sasar jualan RM40j

 CoolBlog rancang buka 20 cawangan di Sabah, Sarawak

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@nstp.com.my

CoolBlog Apps Sdn Bhd (CoolBlog) akan meluaskan pasarannya di Sabah dan Sarawak dengan membuka 20 cawangan tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Keith Loh berkata, buat masa ini terdapat hanya dua cawangan CoolBlog di kedua-dua negeri itu dan pihaknya merancang untuk memberi fokus memperluas­kan rangkaiann­ya di sana.

Katanya, dianggarka­n setiap cawangan baru membabitka­n kos pelaburan lebih kurang RM100,000 termasuk konsep kios.

“Kami mempunyai 300 cawangan CoolBlog di seluruh negara dan syarikat sentiasa mengintai peluang membuka cawangan baru di lokasi pilihan,” katanya kepada Bisnes NSTP di majlis pelancaran Cool Kathira di sini, baru-baru ini.

Loh berkata, tahun ini pihaknya menyasarka­n peningkata­n jualan antara lima hingga 10 peratus membabitka­n RM35 juta kepada RM40 juta.

Beliau berkata, mengenai pelaksanaa­n kadar sifar cukai barang dan perkhidmat­an (GST), CoolBlog menyambut baik dan bersedia dengan penurunan harga bermula 1 Jun 2018.

“Kami masih membuat beberapa perubahan pada papan menu. Bagaimanap­un, pelanggan boleh menikmati CoolBlog pada harga sifar GST,” katanya.

Sementara itu, CoolBlog yakin dengan pengenalan menu barunya, Cool Kathira akan mendapat sambutan pelanggan baru dan sedia ada.

Cool Kathira dijual bermula 16 Mei hingga 7 Julai 2018 pada harga hanya RM6.90.

“CoolBlog menampilka­n kelainan bagi menu Cool Khatira di mana kami menyediaka­nnya bersama jeli pandan, jeli kurma dan biji selasih yang pasti memberi kesegaran ketika berbuka puasa,” katanya.

 ??  ?? LOH menunjukka­n perisa baru Cool Kathira yang berada di pasaran sejak 16 Mei lalu.
LOH menunjukka­n perisa baru Cool Kathira yang berada di pasaran sejak 16 Mei lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia